Archive for April, 2012

kisah teladan

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

ibubapa

ibubapa

Nabi Ibrahim a.s

Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’ Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) Kredit –Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kehidupan: Prinsip Orang Kaya

Kehidupan: Prinsip Orang Kaya
Posted on Thursday, April 19 @ 11:00:00 PDT 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

ArtikelOleh: setisab

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh bertambah sepanjang hidup mereka.

Di bawah adalah 12 prinsip kekayaan mereka yang boleh kita ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.” 

brunei

makan malam di raja sultan brunei (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kekayaan Sultan Brunei memang tidak boleh disangkal lagi. Jikalau sebelum ini kita sudah lihat koleksi kereta mewah, Roll Royce yang selalunya menjadi kereta rasmi/sinonim dengan golongan diraja dari Malaysia termasuk Sultan Brunei. Hari ini kita lihat beberapa lagi kereta milik keluarga kerabat diraja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Kadang-kadang kekayaan Sultan Brunei membuatkan saya terfikir, apakah akan terjadi kepada negara Brunei yang sememangnya kaya dengan hasil minyak jika Brunei menjadi sebahagian daripada Malaysia? Adakah akan menjadi seperti negeri Kelantan atau negeri Sabah dan Sarawak?

Anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini. Kita teruskan sahaja layan terus koleksi kereta mewah  kerabat diraja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah :

1997 Mercedes Benz S320  P10 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Mercedes Benz S320

Bentley Imperial  P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Bentley Imperial

Bentley Arnage RL By Mulliner  P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, Bentley Arnage RL

Bentley Arnage RL By Mulliner  P2 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Bentley Spectre  P4 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, Bentley Spectre

BMW M6  P2 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, BMW M6

Porsche 996 911 Turbo  P4 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Porsche 911 (996) Turbo

Porsche 996 911 Turbo  P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Mercedes Benz G500 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Keluarga Diraja Brunei, Mercedes Benz G500

Lamborghini Murcielago  1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, Lamborghini-Murcielago. Jikalau di Malaysia cukai kereta mewah ini sekitar…….

Lamborghini Murcielago  2 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Lamborghini Murcielago  4 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Mercedes Benz 600 SEL V12  P12 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta mewah Mercedes Benz 600 SEL V12

Mercedes Benz W220 S600  P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, Mercedes Benz S600 (W220)

Mercedes SL Vivo Argento model nih dibuat khas utk Sultan & keluarga by Pinnifarina (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei ini adalah model Mercedes SL Vivo Argento yang dibuat khas untuk Sultan dan keluarga Diraja Brunei oleh Pinnifarina

Volkswagen Pheaton P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, Volkswagen Pheaton

Volkswagen Touareg P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei, Volkswagen Touareg

Jaguar Daimler  P1 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

Kereta Diraja Brunei yang boleh dianggap biasa bagi mereka termasuk deretan kereta Jaguar Daimler seperti gambar di bawah ini

Koleksi kete2 biasa2 (Gambar) Koleksi Kereta Kerabat Diraja Sultan Brunei (Part 1)

P/S : Jikalau sudah ada part 1, mesti ada part 2. Jadi nantikan paparan seterusnya kemewahan dan koleksi kereta mewah Sultan Brunei selepas ini.

beringat….ingatan utk diri

beringat....ingatan utk diri

selawat

selawat

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu …
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

Kasih Allah Kasih Sejati, ♥ ~ Z ~ ♥

tempat kita suatu hari nanti

tempat kita suatu hari nanti