Archive for July, 2012

myanmar

Advertisements

dayus-Zaharuddin.net

Saya mengurut dada dan menggelengkan kepala membaca soalan oleh seorang isteri di web saya ruangan komen di link dibawah. Soalannya seperti berikut:

“Salam, ustaz saya adalah golongan isteri di atas tadi, dan yg paling aibnya, suami tidak mahu melepas kan saya wlu pun saya pernah hamil anak lelaki lain sedang kan ketika itu saya isteri nya, walau pun saya menuntut cerai suami tetap berkeras ingin menerima saya kembali termasuklah anak dalam kandungan saya, suami sanggup beri anak yg bukan darah dagingnya itu bin nya dan membayar kan zakat fitrah untuk anak itu, suami tidak pernah berdendam terhadap saya ustaz, ustaz tolong lah beri jawapan ustaz, apa yg harus saya lakukan? Adakah bercerai itu jalan penyelesaian untuk kami?”;

INI JAWAPAN SAYA : Jika anda sebagai isteri belum bertubat dan tiada niat serta azam untuk bertaubat, maka WAJIBLAH SUAMI menceraikan anda atau gelaran DAYUS pasti menjadi miliknya. Anda sebagai isteri pula, bertaubatlah segera sama ada hasrat inginkan cerai itu diperoleh atau tidak. Di bulan mulia ini waktu terbaik memulakannya.

Mem ‘bin’ anak yang bukan dari dirinya juga adalah haram di sisi Islam. Nabi pernah bersabda ertinya : Orang yang membinkan (atau binti) kepada orang yang bukan bapanya yang sebenar, maka ia dilaknati oleh Allah. Ia juga adalah arahan Allah ertinya : Panggillah (nisbahkan) mereka itu kepada ayah-ayah mereka, itu adalah paling adil buat mereka” (Al-Ahzab : 4)

Berinngatlah, beberapa jenis dosa (khususnya seperti ini) yang dilakukan tanpa penyesalan pasti akan berputar semula suatu hari nanti kepada pelakunya, mungkin juga kepada anak atau cucu.

syahid

Salah seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan talibarut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012. Beliau sempat menulis sepucuk surat berupa wasiat buat keluarganya:

“Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga. Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan, bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid. Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua. Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang. Firman Allah :(Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan disegerakan atau dilewatkan walau satu saat.)

Wahai ibu! Bersabarlah! Bukannya saya seorang bahkan ramai dari kalangan pemuda-pemuda yang telah mendahului saya ke bumi jihad, dari kalangan mereka ialah Abdul Majid Mohammed, Himad dan ramai lagi. Ramai dikalangan mereka yang memperolehi nikmat di akhirat dan dikurniakan syahid. Ketahuilah wahai ibu! Bahawa kehidupan tidak lagi bermakna buat saya, saya tidak mampu hidup lagi sedang saya melihat umat Islam dihina. Saya juga tidak dapat lagi mendengar tentang kehidupan ini sedang saya melihat saudara-saudara saya mendahului berjihad serta memperoleh syahid. Maka tidak dapat tidak perlu berjihad, maka tiada kehidupan melainkan dengan jihad. Akan tetapi jalan Allah tidak pernah menyempitkan jalan saya kepadaNya.”

Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.

Semoga Allah menerima beliau dari kalangan syuhadaNya.

INI NAMA KOLEJ YANG DISYAKI TAWAR IJAZAH PALSU. GAMBAR KONVO DAN IJAZAH DISERTAKAN

 only in msia

Written By admin on July 27, 2012 | 7/27/2012 04:46:00 PM

https://izani.files.wordpress.com/2012/07/0.jpg?w=300

http://4.bp.blogspot.com/-wconYXt7BMI/UBIYGIWl0RI/AAAAAAAAK5w/u0nmO8QF1KE/s1600/00.JPG
https://docs.google.com/viewer?pid=bl&srcid=ADGEESj7z1N5_80gj94U5Hoi2P-pwsHGuAS9kGEdcLA57HdzNXVUDmpw7R_LEFuuTZuXaW_NQ41kdemDiAWaDficdCpyoeQbvy1KnwKPLIdFs1ykgQhH8xdgGEN-wGWan1qmGiwuA0q1&q=cache%3A0M0LZcafiT8J%3Awww.jakriedu.com%2Fimages%2F2009-Graduation-Form.pdf%20&docid=435c12a2ff68aaef477cc8fab7143b6c&a=bi&pagenumber=1&w=800http://1.bp.blogspot.com/-xOS8hEqS_jg/UBIYLM_zsVI/AAAAAAAAK6A/oxdgEq7qHe8/s1600/0000.jpg

SHAH ALAM 26 Julai – Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.

Polis telah menahan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan yang turut membeli ijazah palsu tersebut bagaimanapun tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Menurut beliau semua pembeli sedar mereka membeli ijazah palsu kerana kumpulan pendidikan tersebut tidak menyediakan kelas, tugasan atau peperiksaan, pembeli hanya perlu membayar untuk mendapatkan diploma.

“Apabila cukup tempoh, mereka akan mengadakan majlis konvokesyen sama seperti yang sebenar, mereka akan memilih hotel-hotel mewah di sekitar Lembah Klang, dan menjemput beberapa orang asing untuk menganugerahkan ijazah ini kepada para graduan”

Datuk Tun Hisan juga berkata bahawa kumpulan ini akan mengadakan beberapa kali majlis konvokesyen dalam tempoh setahun, ahli keluarga pembeli juga akan dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

“Harga mendapatkan sekeping diploma tidak termasuk untuk kos ketika majlis tersebut, `graduan’ perlu membayar lebih dari RM1000 untuk menghadiri majlis pengijazahan “

Tarikh tamat pengajian juga telah ditetapkan oleh kumpulan pendidikan tersebut, oleh itu selepas anda membayar diploma, anda hanya perlu menunggu ia disiapkan dari rumah atau di tempat kerja.

Jika majlis konvokesyen pada bulan Julai, pembayaran perlu dibuat pada bulan Mac, ada sesetengah orang membayar pada bulan Mei, tetapi mereka juga perlu menunggu sehingga tiba tarikh yang sama `tamat pengajian’.

Sesetengah orang menggunakan ijazah palsu ini untuk mendapatkan pekerjaan, oleh itu beliau menyarankan agar penyelia tempat kerja dapat memberi perhatian, dan para ibu bapa juga perlu untuk memeriksa ijazah anak-anak mereka, sama ada ia juga dari kumpulan pendidikan berkenaan.

Gambar-gambar bohong yang tersebar tentang Rohingya

Jumaat, 27 Jul 2012 15:20

 

 

Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk – Tibetan Community | Tibet Times
 
 
Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand – Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto –  Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People’s Daily | Frontline
 
 
Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)
Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber – International Business Times | The Guardian UK
 
 
Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan  rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk |MySinchew
Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.

Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain

2 darjat

KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH. sejauh mana benar tidak pasti

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar. 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN…. 

iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. 

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. 

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. 

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. 

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. 

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. 

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. 

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. 

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. 

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. 

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.