Archive for December, 2011

some items for sale direct dr uk

http://mypersonalitems.wordpress.com/

Status rezeki mengambil gambar tidak tutup aurat

Status rezeki mengambil gambar tidak tutup aurat

On 11/04/2011, in HobiIslam, by syahirul

Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar tentang kamera yang serba canggih sama ada di tv, surat khabar, radio, Facebook, blog dan macam-macam lagi media yang ada. Ya, itulah kamera DSLR yang semakin menjadi sebutan dan kegunaan orang ramai. Memandangkan ia adalah satu alat yang canggih, jadi harganya sudah pasti canggih juga. Tak main la harga bawah RM 1000. Beribu-ribu juga modal nak dikeluarkan jika ingin memiliki alat sebegitu. Itu belum dicampur lagi dengan alatan tambahan untuk hasil fotografi yang baik.

Oleh kerana modal yang besar, maka timbullah keinginan untuk membuat bisnes menggunakan pelaburan ini. Beli kamera beribu-ribu, jadi dengan menjadi jurugambar adalah membuka peluang untuk mendapat pulangan yang lumayan. Ambil tempahan untuk tangkap gambar majlis, gambar iklan, gambar pengantin, gambar couple, gambar model, gambar pemandangan dan macam-macam gambar lagi adalah menjadi kebiasaan jurugambar ini.

 

Disebabkan hal ini, maka timbullah satu persoalan iaitu mencari rezeki dengan mengambil gambar orang yang membuka aurat dan kita fokuskan kepada pengantin sebab biasa orang kahwin ni memang cari jurugambar untuk ambil gambar mereka. Apakah hukumnya? Saya terjumpa satu sesi soal jawab dan kini saya kongsikan bersama anda:

Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.

Tahap Belajar Agama Fardhu Ain

Video 1 new result for ustaz azhar idrus latest
Tahap Belajar Agama Fardhu Ain – Ustaz Azhar
46 sec
Ustaz Azhar Idrus Masjid Matin Kampung Abi Perlis. New Delhi, India, Taj Mahal
youtube.com

Amalan Harian Penuntut Ilmu dan Da’i 1 Attachment

[Attachment(s) from Khairul Arifah included below] Assalamualaikum WRT WBT

Bersempena dengan kehadiran Sheikh Habib Kadhim al-Saqqaff ke bumi Glasgow ini, marilah kita sama2 berusaha untuk mengamalkan beberapa amalan dan zikir yang disarankan oleh beliau sebagaimana di lampiran. Amalan ini diambil daripada sebuah catatan dalam kehadiran beliau yang lepas, yang disebut sebagai “one minute project” di link :http://asmakarif.wordpress.com/category/imam-alhaddad/

Selamat beramal.

Wassalam;
Asma

__._,_.___
Attachment(s) from Khairul Arifah

1 of 1 File(s)

pdf16x16.gifthe-one-minute-project.pdf

Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic
Messages in this topic (1)
Recent Activity:

Visit Your Group

Website: http://www.malaysiaglasgow.co.uk

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you’re on – Get the Yahoo! Toolbar now.

<img width=”1″ height=”1″ alt=”” src=”http://us.bc.yahoo.com/b?P=2bb2d3cc-31c2-11e1-ba71-dfd6d9dd9100&T=1d5ll8ap1%2fX%3d1325124582%2fE%3d1705043863%2fR%3dgroups%2fK%3d5%2fV%3d2.1%2fW%3dH%2fY%3dYAHOO%2fF%3d4198569311%2fH%3dY29udGVudD0iRmxpY2tyO1BvZGNhc3RzO0dyb3VwcztHbztNZW1iZXJfRGlyZWN0b3J5O0dlb2NpdGllczszNjA7QnJpZWZjYXNlO1Bob3RvcztZYWhvb19TZWFyY2hfTWFya2V0aW5nOyIgZGlzYWJsZXNodWZmbGluZz0iMSIgc2VydmVJZD0iMmJiMmQzY2MtMzFjMi0xMWUxLWJhNzEtZGZkNmQ5ZGQ5MTAwIiBzaXRlSWQ9IjQ0NTI1NTEiIHRTdG1wPSIxMzI1MTI0NTgyNDM4NDQyIiA-%2fQ%3d-1%2fS%3d1%2fJ%3d9C238962&U=13c1thoop%2fN%3dFjoPTdBDRrk-%2fC%3d493064.14543979.14562481.13298430%2fD%3dMKP1%2fB%3d6060255%2fV%3d1“>

Yahoo! Groups Switch to: Text-Only, Daily DigestUnsubscribeTerms of Use

.

nc3=3848640
__,_._,___

Hull-Bruges Cruise (uk-belgium part 3) Wed 21 Dec 2011

Tidur semalam cukup nyenyak. Pagi 8-30 sepatutnya sudah siap nak turun cruise,menjejak kaki ke bumi Belgium. Amir & Akif tidur cabin lain,smalam sempat layan movie dlm bilik, nasib baik bawa laptop. Pagi ni kami breakfast apa yg dah dibekalkan. Nak jalan nanti bawak bekal lagi.

Kami menaiki bas yg telah disediakan cruise. Berkumpul di station di Bruges,perjalanan bukan jauh sgt dlm 30 min sudah sampai. Terasa kelainan pemandangan Belgium,yg agak drastik, senibinanya, jauh berbeza dgn Glasgow.

Jalan jalan memang berjemaah, kejap hilang,kejap jumpa kembali, tujuannya nak berjumpa di dewan utk bersama Ambassador Msia di Belgium. Perut sudah lapar, jalan mmg lalui pasar, teringat zaman berada di Germany dulu, memang cantik sekali suasana sebelum Xmas. Pasarnya bersih sekali.

Apa yang hebat pasar ni memang jual macam2, tapi bila belah petang licin takde sampah pun ditinggalkan oleh peniaga. Hebat tabiat mereka.

Sampai dewan, paling penting perut kena isi. Prgghh,nasi beriyani kambing/ayam. Baru rasa nikmat sebenar makan. Petang kami habiskan dgn berjalan pulang sambil cari souvenir. Kami org terakhir masuk cruise :).

Hull-Bruges Cruise (uk-belgium part 2) Tues 20 Dec 2011

Hari ini kami bertolak ke Hull,jam 10 jugak baru bertolak. Program di Hull bermula dari pagi lagi, yang penting kami sampai akan join geng Msia dari serata UK yg berkumpul di City Council Hall. Paling penting perut kosong kene isi dgn lunch. Ikutkan program memang lunch disediakan. Kami satu family dan akan berjumpa dgn satu lagi family dr Glasgow dipertengahan jalan. Kami jumpa di services (R&R kalau diMsia). Sampai dah dekat jam 1 cari parking,then menuju ke Hall, kenyangkan perut dulu,sembahyang di hall. Lunch memang tak memenuhi taste, tapi apakan daya, sekadar tahan perut. Jam hampir 3 ptg kami ke dock 2. Pelabuhan Hull. Cruise sudah tersergam menanti. Memang besar gila, lagi besar dari cruise ke ireland dulu. Ramainya peserta dlm 170 org rasanya. Memang kami conquer kapal ni. Kereta tinggal di parking area cruise ,kos parking £12 utk 2 hari. Kami balik lusa. Nak lepas imigresen agak lambat sebab ramai org, apepun semua smooth.

Senja sudah berlabuh,jam 4 sudah maghrib. Kami akan berlepas dlm jam 7ptg ,makan mlm sudah ditapau siap2. ayam sparuh ekor sorang dgn nasi,memang tak abis makan. Malam tu tidor dgn lena. Cabin kami 3, 1 khas utk budak2 bujang :).

Hull-Bruges Cruise (uk-belgium part 1) Monday 19 Dec 2011

Perjalanan ke Hull bermula dgn persiapan pagi Isnin. Pagi2 lagi budak2 ke sekolah, kami ke ASDA untuk membeli bekalan. Petang akan bermalam di Durham,rumah sepupu isteri. Nak bleh bertolak punyalah makan masa, maklum sj budak balik sekolah jam 3 ptg, ding dong2 dekat pukul 5 lebih jugak baru bertolak. 5 ptg sudah maghrib,settlekan dulu sembahyang,baru berangkat. Memandu dlm malam, ditemani hujan renyai2.

Ni dah masuk kali ke 3 ke Durham,masih ada lagi saki baki kengkawan disana,org penting USt Maszlee yg byk mengacarakan forum2 ditanah air sekarang dah balik. Tiba dlm jam 9 malam, dijamu dgn nasi dgn lauk Msia. Lama tak jumpa sepupu sendiri, sampai dah beranak 1 pun jumpa di UK walhal dah 3 kali balik Msia, tak pernah jumpa. Last2 jumpa di UK. Kediaman yg kami tinggal adalah kediaman pelajar utk Univ, Durham (sebut Darem).

Budak2 tak berhenti main sampai ke malam, suruh tidur barulah mula nak tidur. Esok nak bersiap ke Hull yg akan memakan masa dlm 2 jam lebih.

durham dinihari