Archive for February, 2012

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan kisah benar

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Advertisements

berhati hati dlm kehidupan…benar atau tidak tak pasti…tapi wujud makhluk sebegini kiranya benar

Dr Faiz? (Part 6)



Saya dah kenal Faiz bin Hashim ni sejak tahun 1990 sewaktu belajar di UiTM perlis. So ringkasan kisah dia adalah seperti berikut:

Nama: Faiz bin Hashim
Nama Bapak dia: Hashim bin Jasin (adun pas di perlis). Bapak PAS tapi anak dia hampas.
Education:
1990 – 1992 – Diploma Sains UiTM
1993 ke 1997 (lebih kurang) – sarjana Botani dari UKM

Pada tahun 1996 dia dapat peluang join program pertukaran pelajar ke Ohio University, Athens, OHIO, USA selama 6 bulan sahaja. Pada waktu tersebut saya belajar di xxx University, XXXX (university lain dlm 100 batu dari xxx University). Saya yg pickup dia kat airport di Ohio dan hantar dia ke University. Sewaktu di Ohio dia ambik subjek yg mengarut macam music just utk transfer elektif subjek di UKM.

Selepas tu dia balik Malaysia dan saya lost contact dengan dia, sampai tahun 1997 (saya grad) dan balik ke Malaysia. Saya dpt contact dengan dia atas jemputan dia ke Hotel Seri Malaysia Seremban. Pada masa tersebut si Faiz ni sedang menjalankan skim cepat kaya (pyramid) yang tengah hangat masa tu. Ramai yang terpedaya jadi downline dia. Saya tak berminat dan terus sambung buat master di Malaysia. Selepas beberapa bulan skim tu diharamkan dan keluar di tv.

Saya tak tahu apa yang berlaku kat dia sampai lebih kurang tahun 2000. Saya berkerja di Politeknik di Pasir Gudang dan tiba2 terjumpa balik dia waktu solat jumaat. Pada masa tu kami pun keluar minum. Rupanya isteri dia pun kerja di Politeknik tersebut. Pada waktu ni Faiz claim dia dah kerja sebagai Pilot di Singapore airlines (siap ada business card lagi) – First Officer. Dia cerita katanya lepas skim cepat kaya tu gagal dia dapat interview utk pilot dan training di australia. Saya agak musykil jugak sebab masa tu dia hanya pakai iswara second hand, sebuah motor jaguh dan sebuah jeep cherokee second hand.

Anyway pada masa tu dia pun canang konon nak berhenti kerja dan nak business arang batu dari Afrika. Dia ajak saya dan kawan2 join share keluar modal, saya kata tak mampu sebab makan gaji. At the same time dia buat business jual kereta mahal tapi takde geran (kononnya kereta dah lupus dari singapore), geran boleh mohon kat JPJ. Saya tanya orang JPJ mereka kata illegal. Dia pun ada pakai kerata mercedes pada masa tu, rupa2nya saya dapat tahu roadtax nye palsu (print pakai agen penipu kat Johor Bahru).

At the same time dia berkenalan dengan seorang businessman Korea yang tengah cari kereta sewa. So dia sewakan sebuah lagi kereta mercedes roadtax palsunya dengan orang korea tersebut. Faiz juga berjaya menyakinkan orang Korea tersebut utk join business nya utk import arang batu dari Afrika. At the same time dia beli rumah di Pasir Gudang renovate sampai 200K, pakai orang indonesia. Mamat indon ni pulak claim Faiz hutang dalam 8 ribu kat dia sebab tak bayar upah.

Akhirnya mamat indon ni yang pecah rahsia bahawa si Faiz ni rupanya pramugara di Singapore airlines – Saya masih ingat dialog mamat indon tu “bapak yang pandai ni pun boleh percaya sama si Faiz, bapak pernah tengok dia pakai baju pilot, sya cakap tak pernah, saya pernah tanya Faiz soalan yang sama, katanya dia pakai baju biasa ulang alik dari Pasir Gudang ke Singapore dan tukar baju Pilot bila sampai kat rumah keluarga angkat dia kat Singapore sebab takut baju kotor, so saya terima jawapan tu. Budak indon ni cakap, bapak! si Faiz ni kerjanya bancuh kopi atas kapal tuu, lamanya jugak saya cuba nak pahamkan, bila saya tanya balik kerja pramugara ke? budak indon tu cakap, Ye la pak, saya yang tak sekolah ni pun tahu. Bila pikir2 balik, logik jugak cerita budak indon ni. Mungkin uncle seekers boleh confirmkan dengan Singapore Airlines sendiri.

Pada masa tersebut hati saya sangat panas, sebab saya anggap Faiz ni macam adik beradik, saya dah introduce kat family kata dia pilot, anak2 sedara saya pun dia klentong dlm sesi motivasi yang dia bagi. Saya naik malu, tapi saya masih tak mau confront dia, nak tengok sejauh mana lagi dia nak tipu saya. Lagipun dia ada pinjam duit saya dan kawan2, saya takut dia lari terus. Kemudian selepas cuti semester saya pergi rumah dia rupanya dia dah cabut balik perlis, rumahnya ada notis bank sebab default payment. Ramai org cina (Along) yang sama cari dia kes hutang tak bayar.

Dipendekkan cerita, dengarnya arang batu pun tak sampai2, business partner dia orang korea tu pun bangkrap (sampai isteri dia lari balik korea), barang2 dia habis tergadai. Pada masa ni, saya cuba contact dia, semua line talipon dah tamat perkhidmatan. Dengarnya isterinya pindah ke politeknik perlis. Saya dapat kerja di university. Pada satu hari kawan saya ada terserempak dengan Faiz di LCCT bersama seorang lagi businessman yang dia nak klentong, katannya nak uruskan business arang batu di Indonesia. Saya terus buat keputusan malas nak contact dia lagi, urusan hutang tu samada dia bayar atau urusan dia dengan Tuhan.

2 hari lepas kawan saya bagi link blog uncle seekers, saya tergamam, bila pulak dia ada PhD, PhD sekurang2nya 4 tahun minimum. (Utk makluman uncle seekers saya sekarang sedang buat PhD di XXX), saya tahu sistem dia. Dah tu pulak scroll dia dari University of Missouri, Rolla (dalam 4 jam dari tempat saya) dan saya kenal beberapa kawan Malaysia di sana utk confirmkan kalau kursus dia tu wujud atau tidak. Mungkin dia guna Ohio sebab dia dah pernah ke sana selama 6 bulan tu.

Pasal business tu, tak mustahil kalau dia menipu, sebab dia ni memang kaki penipu. Utk makluman Uncle Seekers, kami panggil si Faiz ni Jepun, sebab masa mula2 jumpa dia di UiTM, dia klentong kawan2 kata dia pernah pergi Jepun, so bila pecah rahsia, kami gelarkan dia Jepun.

Kelabiha dia ni memang pandai bercakap dan yakinkan orang, belajar tak seberapa sebab dia kuat tidur dan selalu bangun lambat. Saya suspek dia kena pecat dari Singapore Airlines sebab selalu ponteng kerja. Bila pergi rumah dia dah tengahari masih tido lagi, lepas tu kelam kabut nak gi kerja. Dulu waktu belajar pun selalu memonteng. Saya ingat dia ni dah serik, rupanya makin menjadi. Kesian kat parents dia, org alim, tapi apakan daya, iman tak boleh diwarisi.

Kalau tahu kat UMNO habis dia orang buat modal PRU. Satu lagi, saya psti si Faiz ni lahir dalam December 1970. So bab umur pun dia tipu juga.Kalau ikutkan dalam 40 – 41 tahun.

Anyway, setakat ni dulu saya ceritakan, kalau ada soalan saya sudi menjawab. Cuma saya tak mahu dilibatkan dalam kisah si Faiz ni, pandai2 dah uncle seekers guna maklumat. Yang pasti saya bercakap benar.

Sekian,

XXX XXX
XXXXXX XXXX University XXXXX
XXXX

doa

‎”Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang melampaui batas.” (QS Al-A’raf : 55) ”Dan sederhanakanlah langkah langkah semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai.” (QS Luqman : 19)

Share · 34 minutes ago via Mobile ·

faris dari blog mazidul

daripada Allah kita didatangkan, kpd Nya kita dikembalikan…Syurga milik insan kecil ini, InsyaAllah…kita bagaimana?

Khamis, Februari 23, 2012

FARIS SELAMAT DISEMADIKAN

Sewaktu Faris Nur Daniel dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, adik beradik lain sudah mula merasai kehilangannya.
Baca cebisan daripada ucapan dihantar oleh kakak dan abang arwah Faris ketika dia mula terlantar di hospital pada 1 Februari lalu.
Kini semua harapan itu ternyata hanya tinggal harapan, Allah lebih menyayangi adik bongsu mereka.
Faris pengidap penyakit HLH, barah darah, mula dilaporkan nazak pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital 23 hari lalu.
Semalam Faris menjalani rawatan kimoterapi kali ke 4, selama kira-kira 2 jam bermula 12 tengahari. Arwah kemudian dilaporkan berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga tidak berdaya membuka matanya.
Baca perinciannya di entri ini.
Masih terngiang-ngiang di telinga, panggilan ibunya, Zuraine Mohamad, saat saya menziarahi Faris.
“Faris, Faris, tengok ini, uncle datang”
Ketika itu matanya terbuka bak mampu melihat saya berdiri di sisi katil, lokasi dia ditempatkan sejak 19 hari sebelum itu.
Setabah mana pun jiwa saya, airmata tetap mengalir melihatkan keadaan tubuh kerdil terlantar tidak bermaya itu. Dilaporkan, pada masa sama, paru paru dan hatinya sudah tidak berfungsi secara sempurna. Namun saya percaya, doa ibu dan ayah serta ribuan rakyat negara ini menjadi penyambung nyawa anak kecil itu.
Baca perincian situasi Faris di hari ke 19, klik di sini.
Sehari sebelum menziarahi arwah, saya berpeluang menulis entri pertama berhubung Faris, klik di sini.
Hasil sumbangan dihulurkan oleh pembaca blog ini dan rakan Facebook, bil rawatan arwah berjumlah hampir mencecah RM100,000 telah dilunaskan kepada pihak hospital.
Terima kasih kepada semua.
Dengan jumlah bayaran sebegitu tinggi saya berharap pihak pengurusan pusat perubatan itu akan membina papan tanda ‘North Tower’ untuk memudahkan keluarga dan rakan mencari bilik rawatan pesakit secara lebih mudah.
Untuk rekod, kini hanya papan tanda ‘South Tower’ sahaja kelihatan terpampang di luar hospital swasta terbabit.
Perhatikan, tiada papan tanda ‘North Tower’ di sini, laluan untuk ke Neonatal Intensive Care Unit, lokasi Faris dirawat sebelum ini.
3 hari lalu, saya ditegur berulang kali oleh jururawat dan pengawal keselamatan di hospital sama kerana merakamkan 2 gambar arwah menggunakan kamera digital dari luar bilik berdinding kaca untuk dimuatkan di blog.
Berikutan maklumat dikongsi bersama pembaca, keseluruhan kos rawatan arwah dilangsaikan, hasil sumbangan tidak putus putus dihulurkan oleh orang ramai dan insuran keluarga arwah.
Kini dengan menggunakan gambar direkodkan oleh kamera digital sama, saya sarankan kepada  pihak pengurusan Sime Darby Medical Center agar mengambil kira cadangan saya berhubung pembinaan papan tanda ‘North Tower’ untuk memudahkan keluarga dan kenalan pesakit datang melawat.
Ingin juga saya mencadangkan, jika pelawat tidak dibenarkan sama sekali merekodkan gambar pesakit, sila tampalkan notis berhubung peraturan didakwa wujud itu di lokasi jelas.
Bukan sekadar notis berikut.
Saya amat yakin, tidak ramai pelawat berselera untuk makan di ruang menunggu berhampiran NICU itu sewaktu menziarahi pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Apatah lagi untuk menghisap rokok.
“Pagi tadi, kira-kira jam 10, jumlah oksigen masuk ke dalam tubuh dia sudah terlalu rendah, di antara 8 dan 10 peratus sahaja. Akhirnya tiada langsung, kosong,” terang ayah arwah.
Berikut antara gambar saya rakamkan kira-kria 1 jam sebelum jenazah Faris diusung keluar dari bilik rawatan.

Jenazah disembahyangkan di surau dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan.

Faris, 6 tahun, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Al-Fatihah.

Share126

Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 7:03 PTG 15 komen 

AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA

Faris Nur Daniel meninggal dunia selepas 22 minit saya menulis entri ini.
“Engkau hendak pergi ke hospital?,” soal rakan saya Mossen Mohamad melalui telefon.
Bak orang mengantuk disorong bantal, saya menerima pelawaan itu. Jam 11.33 kami berdua menuju ke Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, Selangor.
Untuk rekod, saya, Mossen dan ayah arwah Faris, Shamrulismawi Ismail, pernah menuntut di kelas sama sewaktu di institusi pengajian tinggi.
Jam 11.40 pagi tadi, kami tiba di Neonatal Intensive Care Unit, NICU. sebilangan sanak saudara terdekat Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, sudah berada di lokasi sama.

Suasana sugul menyelubungi ruang NICU.

Saya dan Mossen kemudian bertemu Sham untuk mengucapkan takziah. Ketabahan tergambar jelas di wajahnya.
“Dua puluh tiga hari Sham?,” soal saya.
“Dua puluh tiga hari aku tidur di luar unit itu,” balas Sham.
Beberapa minit kemudian saya melangkah masuk ke bilik jenazah ditempatkan.
Lebih 3 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, barah darah, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi.
Selepas menerima berita Faris berada dalam keadaan kritikal, saya menghantarkan pesanan ringkas kepada Sham.
‘Ayah dan ibu tolong reda dan relakan sepenuhnya jika Faris harus pergi’
Ketika Sham dan keluarga menguruskan proses kenderaan penghantaran jenazah ke rumah, saya sempat menghampiri Zuraine, duduk di atas katil.
“Takziah. Kita semua tidak mahu melihat dia terseksa,” hanya kenyataan itu terpancul dari bibir saya.
Airmata kelihatan tidak berhenti mengalir di pipinya.
“Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya,” jelas Zuraine.
Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu memahami sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.
Tepat jam 12.26 tengahari tadi, jenazah Faris dibawa keluar untuk dihantar ke rumah keluarganya.
Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok. Terima kasih kepada Penerbit Eksekutif MHI, Alfian Kaus kerana sikap prihatin beliau.

Di syurga Allah tempat mu, Faris.

Rasulullah

Jika anda melihat Rasulullah sallalahu alaihi wa alihi wasalam melalui kaca mata Abu Jahal (bapa kepada kejahilan), anda akan melihat seorang lelaki biasa yang hanya makan minum tidur seperti yang lain daripada kita. Tetapi jika anda lihat Nabi sallalahu alaihi wa alihi wasalam melalui kaca mata Abu Bakar As Sidik, maka anda akan melihat Muhammad Rasul Allah, anda akan melihat Shahid, mubashir, nazeer .. Berhati-hati kerana Abu Jahal akan membawa anda kepada Abu Lahab (bapa nyalaan api neraka), teruskanlah dengan wawasan Siddiki.

Shaykh Dr Syed Muhammad bin Yahya AlHusainy An Ninowy

If you see the Prophet sallalahu alaihi wa alihi wasalam through the eyes of Abu Jahl (father of ignorance), you will see an average man who just eats drinks sleeps like the rest of us. But if you see the Prophet sallalahu alaihi wa alihi wasalam through the eyes of Abu Bakr As Siddique , then you will see Muhammad Rasool Allah, you will see the shahid, the mubashir, the nazeer.. Be careful because Abu Jahl will lead you to Abu Lahab (father of flame of hell fire), stick with the Siddiqui vision.

Shaykh Dr Syed Muhammad bin Yahya AlHusainy An Ninowy.

doa

Berdoa adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan. Allah menyuruh kita berdoa seperti terdapat dalam al-Quran:
“Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah: 186)
Ada beberapa situasi berdoa yang tidak ditolak oleh Allah dan ada doa yang dijanjikan akan dimakbulkan.

Berikut ini ialah beberapa keadaan iaitu doa tidak ditolak:
Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doa2 mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu2 langit dan Allah s.w.t. akan berkata, “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. )
Sabda Rasulullah; “Sesungguhnya bagi orang berpuasa – ketika berbukanya – doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As]

Doa Yang Dijanjikan Akan Dimakbulkan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Tuhan kami Tabaraka wa Ta‘ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra berkata, telah ditanya Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah solat fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Malam Lailatulqadar. Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5 yang tafsirnya :
“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”

Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda. Artinya: “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh2lah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. [Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48]
Dan Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah waktu ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan disahihkan oleh AtTirmidzi, AlHakim, AdzDzahabi, dan AlAlbani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa itu adalah ibadah dan doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.”

Oleh itu, kita sentiasalah berdoa kepada Allah SWT untuk memohon segala hajat, cita2 dan keinginan kita, kerana doa merupakan tanda pergantungan, pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Penciptanya

Kisah Penyanyi Terkenal Cat Steven Masuk Islam Posted by agungpambudi | Category: Kisah | No Comments

sumber : http://www.artikelmotivasi-islami.blogspot.com/2011/09/penyanyi-terkenal-cat-steven-masuk.html

Aku dilahirkan di London, jantung dunia barat. Aku dilahirkan di era televisi dan penjelajahan angkasa. Era dimana teknologi telah sampai puncaknya, di Britania. Aku berkembang dimasyarakat ini dan belajar di sekolah katolik yang telah memberikan pengajaran kepadaku konsep kristiani tentang Allah, Al Masih, Kepastian baik dan buruk. Mereka banyak bercerita kepadaku tentang Allah, sedikit tentang Al Masih dan lebih sedikit lagi tentang ruh kudus. Kehidupan disekelilingku adalah materialis yang tertumpah dari seluruh sarana informasi. Mereka mengajarkan kepadaku bahwa harta adalah kekayaan yang sebenarnya yang hakiki, sementara kemiskinan adalah kesia siaan yang hakiki, Amerika adalah lambang kekayaan, sementara dunia ketiga adalah symbol kemiskinan, kelaparan, kebodohan dan keterbelakangan.

Untuk itulah aku harus memilih jalan kekayaan dan menempuh jalurnya, supaya aku dapat hidup bahagia, beruntung dengan kenikmatan dunia.
Diatas inilah kubina falsafah kehidupan yang tak ada hubungannya dengan agama. Aku mengambil jalan falsafah ini guna mendapatkan kebahagiaan jiwa.

Dan akupun mulai mencari sarana yang mengantarkanku mencapai sukses. Dan jalan yang paling mudah ialah dengan cara membeli gitar, mengarang beberapa lagu serta menyanyikanya, kemudian aku bergerak ditengah khalayak ramai. Inilah yang kenyataannya telah kulaklukan dengan nama Cat Stevenz. Dalam waktu yang relative singkat, ketika aku berumur 18 tahun, sudah ada 8 kaset rekamanku. Aku mulai tampil di beberapa pertunjukan yang tidak sedikit sehingga terkumpullah kekayaan yang melimpah dan ketenaran yang memuncak.

Ketika aku sudah sampai puncak, aku melihat kebawah karena takutr terjatuh. Kegoncangan menghantui diriku, dan akupun mulai meminum segelas arak penuh setiap hari untuk menambah keberanian dalam menyanyi.Aku merasakan bahwa orang orang di sekitarku memakai topeng, tak seorangpun yang membukanya, topeng yang menutupi kenyataan. Aku merasa ini adalah kesesatan. Aku mulai membenci kehidupanku serta menjauhi manusia. Sakitpun tak ayal menimpaku. Aku dipindah ke rumah sakit karena TBC. Namun begitu masa dirumah sakit lebih baik bagiku sebab telah membawaku berfikir.
Aku memiliki keimanan kepada Allah, namun gereja tidak mengenalkan kepadaku siapakah itu ? Aku tak sanggup menangkap hakekat tuhan yang dibicarakannya. Pemikiran itu sungguh pelik, maka aku berpikir mencari jalan menempuh hidup baru. Kebetulan aku memiliki buku tentang akidah dan ketimuran. Aku sedang mencari kedamaian dan hakekat. Aku dihantui perasaan untuk bertolak ke suatu tujuan tertentu, tapi aku tak tahu hakekat dan konsepnya. Aku tak sanggup duduk dalam keadaan hati yang kosong, sehingga aku mulai berpikir dan mencari kebahagiaan yang tak kudapati dalam kekayaan,. Popularitas dalam puncak kesuksesan ataupun dalam gereja.
Maka kuketuk Budhisme dan falsafah Cina. Aku mempelajarinya dan ber anggapan bahwa kebahagiaan adalah bila sanggup meramalkan apa yang akan terjadi esok sehingga anda dapat menghindari kejahatannya. Aku jadi percaya bintang serta ramalan yang akan terjadi, namun kudapati semua itu kosong belaka.
Kuketuk Komunis, kusangka bahwa kebaikan adalah dengan membagi seluruh kekayaan kepada setiap manusia. Namun aku merasa konsep ini tidak sesuai fitrah, karena yang adil adalah anda berhak mendapatkan hasil jerih payah anda dan tidak boleh diberikan kepada orang lain. Kemudian aku beralih menelan Pil untuk memenggal seluruh mata rantai pemikiran dan kebingungan yang menyakitkan. Akhirnya akupn berkesimpulan bahwa tak ada satupun akidah yang sanggup memberikan jawaban dan menjelaskan kepadaku tentang hakekat yang sedang aku cari. Pada saat itu aku belum mengenl islam sedikitpun. Akhirnya aku tetap pada keyakinan dan pemahaman pertama yang aku terima dari gereja. Semua akidah lain hanyalah bualan kosong belaka dan gereja sedikit lebih baik daripadanya.Aku kembali ke pangkuan gereja untuk kedua kalinya dan menekuni musik kembali. Aku merasa dialah agamaku, tak ada agama lain bagiku.
Pada tahun 1975 terjadi satu mukjizat setelah kakak kandungku menghadiahkan sebuah AL Qur’an kepadaku. Qur’an itu tetap aku simpan sampai aku mengunjungi Al Quds di Palestina. Dari kunjungan itulah aku mulai memperhatikan kitab yang telah dihadiahkan kakakku tersebut, yang tak kuketahui apa didalamnya dan apa yang dibicarakannya.Kemudian aku mencari terjemahan Qur’an dan itulah pertama kali aku berpikir tentang islam. Islam dimata orang barat dianggap sebagai agama rasial, sedang umat islam dianggap sebagai orang orang asing baik dari Arab ataupun dari Turki. Kedua orang tuaku berasal dari Yunani dan orang Yunani membenci muslim Turki karena motivasi warisan. Tapi aku berpendapat untuk melihat terjemahannya dan tak ada salahnya untuk mengetahui isinya.
Dari pertama kali kurasakan, Al Qur’an dimulai dengan Bismillah, dengan nama Allah bukan lainya. Ungkapan Bismillahir rohmanir rahim telah measuk mempengaruhi jiwaku. Kemudian dilanjutkan dengan Al Fatihah, pembukaan AL Kitab, Alhamdulillaahirobbil “alamin, segala puji hanya bagi Allah pencipta alam semesta, penguasa dan pengatur seluruh Makhluk.
Waktu itu, pemikiranku tentang Tuhan, dangkal sekali. Mereka mengatakan kepadaku Tuhan itu Esa dan terbagi menjadi tiga. Bagaimana ? Aku tak tahu.
Adapun AL Qur;an telah mulai dengan penyembahan kepada Allah yang Esa, Tuhan seluruh alam, Allah satu satunya pencipta, tiada sekutu baginya. Ini merupakan konsep baru bagiku. Dulu yg aku pahami sebelum mengenal Qur’an, bahwa didalamnya ada konsep persesuaian dan kekuatan yang mampu mendatangkan mukjizat ( disamping tuhan ), adapun sekarang, maka dalam konsep islam, Allahlah satu satunya yang berkuasa atas segala sesuatu.
Al Quranlah yang telah mengajakku kepada islam, maka aku penuhi ajakannya. Adapun gereja yang telah menghancurkanku serta mendatangkan kesengsaraan dan kepayahan, dialah yang menyuruhku menemui Al Qur’an, ketika ia tak sanggup menjawab pertanyaan jiwa dan ruh.

Aku benar benar melihat sesuatu yang unik dalam Qur’an. Al Qur’an tidak seperti kitab yang terdiri dari penggalan penggalan dan keterangan keterangan sifat yang banyak terdapat dalam kitab yang saya pelajari sebelumnya. Di sampul Al Qur’an tidak ada nama pengarangnya. Karena itulah aku semakin yakin dengan konsep wahyu yang telah Allah wahyukan kepada nabi Muhammad Saw. Telah menjadi jelas bagiku, perbedaannya dengan injil yang ditulis tangan pengarang yang beraneka ragam dari kisah kisah yang bermacam pula. Kucoba mencari kesalahan kesalahan dalam Qur’an namun tak kudapatkan. Semua selaras dengan paham keesaan yang murni, akupun mulai tahu apa itu islam. Kudapati didalamnya semua Nabi nabi yang dimuliaklan Allah dan tidak dibedakan antara satu dengan yang lainya. Sejak itu aku baru tahu bagaimana misi kerasulan itu bermata rantai sejak adanya permulaan makhluk hidup dan manusia sepanjang sejarahnya ada dua macam, Mukmin dan Kafir. Al Qur’an telah menjawab seluruh pertanyaanku. Ketika selam 1 tahun, saya mempelajari AL Qur’an. Pada saat itu aku merasa bahwa akulah satu satunya orang islam di dunia ini.

Kemudian aku berpikir, bagaimana caranya menjadi muslim yang sebenarnya. Akhirnya di Masjid di London, aku mengumumkan keislamanku dengan bersyahad, dan meyakini secara toal seluruh ajaran ini. Aku yakin, islam yang aku anut adalah sebuah risalah yang berat, bukan pekerjaan mudah yang selesai hanya dengan membaca dua kalimat syahadad.

Aku seperti dilahirkan kembali. Sebelumnya aku belum pernah ketemu dengan seorangpun dari mereka. Sekiranya aku bertemu dengan seorang muslim yang berusaha mengajakku ke islam, tentu akan kutolak ajakanya karena melihat kondisi umat islam yang memprihatinkan, dan gambaran buruk yang diberikan oleh sarana informasi barat yang selama ini menjadi rujukan banyak orang.
Aku telah datang kepada islam dari sumber terbaiknya. Kemudian aku pelajari Siroh Rosulullah, bagaimana beliau berperilaku juga sunnahnya. Aku dapatkan perbendaharaan yang melimpah ruah dalam kehidupan rosul dan sunnahnya. Aku telah lupa dengan musik, dan bertanya apakah aku teruskan? Mereka menasehatiku untuk berhenti, sebab musik itu melalaikan untuk menbgingat Allah dan ini adalah bahaya besar. Akhirnya bergantilah namaku menjadi Yusuf Islam.

Inilah jalanku. Semua hasil kekayaan yang aku peroleh, semuanya kini telah kuberikan untuk dakwah islam.
Saudaraku, itulah nukilan kisah Penyanyi terkenal Cat Steven yang telah berganti nama dengan Yusuf Islam. Kita ketahui, kehidupan selanjutnya ialah, betapa penampilannya yang islami menjadikan Amerika geram dan menolaknya ketika mau datang kesana, namun disisi lain jutaan umat ini bangga dengan kehadiran seorang yang telah ber azzam untuk memanfaatkan segenap waktunya untuk berjuang dalam dakwah yang mulia ini.

Marilah kita bercermin dari kisah ini. Tidak salah juga jika kita bertanya pada diri sendiri, Sudah bersemangatkah kita untuk bergabung dalam barisan dakwah seperti yang telah Allah dan rosulnya perintahkan ? Atau Jangan jangan jangan kita termasuk orang yang loyo? Jika demikian. Mari kita bangkit!!! Karena sesungguhnya dakwah ini tidak akan berhenti ! Semoga bermanfaat.