Archive for March, 2012

JANGAN dalam Islam

– JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
– JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
– JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
– JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
– JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
– JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
– JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
– JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
– JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
– JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
– JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
– JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
– JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
– JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
– JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Tekan Share kepada rakan-rakan anda….

“8 Pintu Untuk Dimurahkan Rezeki”

Antara “8 Pintu Murah Rezeki” ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Watiqa.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

  • subhanaallah..

    ‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
    ===========================
    (Feel free to LIKE, SHARE & TAG ♥ )

    Promosi sedang berlangsung di LifeFit!(http://on.fb.me/WelcomeLifeFit) <– Klik !

    1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

    2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

    3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

    4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

    5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

    6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

    7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

    8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

    9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

    10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

    Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ^_^

    Copyright© LifeFit.my <– Sila klik utk tips2 berkenaan kecantikan, kesihatan, kehamilan, berpantang dan menyusu (Jangan lupa LIKE page LifeFit ya!)

    Artikel: Hak milik LifeFit.my
    Jika anda ingin COPY artikel ini, sila sekurang2nya beri KREDIT kepada LifeFit.my

TABUNG ADIK NATASHA DHANIA

Benar pepatah Melayu “malang tidak berbau”. Tidak pernah terlintas di fikiran bapa, apatah lagi ibu yang mengandung dan melahirkan seorang bayi comel ke dunia ini akhirnya hanya mampu berkelip mata di pembaringan, amat berbeza dengan kanak-kanak seusia dengannya, saban hari riang dan gembira bersama teman-teman, membeli belah pakaian dan kasut baru, ke sekolah, ke taman besiar-siar, malah kemana jua di bawa kaki yang mampu melangkah. Namun seberat mana mata ini melihat, jauh lebih berat bahu ibu dan bapa yang tiap waktu dan tika memandang ke wajah comel anak ini. Mana kan tidak, raut wajahnya seperti kebanyakan kanak-kanak lain seusianya. Senyumannya dihurungi duka, dikelilingi seribu satu persoalan, yang pastinya dia belum mengerti apakah musibah yang dialami. Kebingungan menghantui, dihimpit seribu satu persoalan…kenapa aku tidak dapat berjalan seperti dia?Kenapa aku hanya mampu terbaring?Kenapa aku dijadikan lain dari yang lain?Sampai bilakah aku akan begini? Hanya Allah yg Maha Kuasa mampu mententeramkan hati kanak-kanak seusia ini yang belum mengerti ketetapan Tuhan.

Anak perempuan kepada salah seorang penuntut tahun akhir PhD di Glasgow, Adik Natasha Dhania, 9 tahun, kini menderita akibat terjatuh ketika berusia sekitar 7 bulan(waktu kecil),semasa di bawah jagaan pembantu rumah, yang mengakibatkan beberapa kecederaan pada tempurung kepala dan otaknya. Penilaian oleh Jabatan Kesihatan Kanak-Kanak, NHS telah menyenaraikan masalah-masalah yang telah dikenal-pasti seperti dibawah:
1. Acquired brain injury (Kecederaan Otak)
2. Cerebral palsy
3. Complex needs (Keperluan Kompleks)
4. Shunted hydrocephalus (Pirau Hidrosefalus)
5. Large parietal skull defect (Kecacatan besar pada tengkorak parietal)
6. Visual impairment – cortical (Masalah Penglihatan – Kortikal)
7. Feeding problems (Masalah pemakanan)
8. Motor Impairment (Masalah pergerakan)
9. Speech and Language Impairment (Kemerosotan percakapan)
10. Learning disability (masalah pembelajaran)
11. Masalah tulang pinggul (telah dibedah 2010)

Ketika ini, Adik Natasha Dhania menggunakan topi perlindungan (helmet) pada setiap masa bagi melindungi dan menutupi kawasan kecederaan di tengkoraknya. Perunding Pakar Bedah Otak (Neurosurgeon) telah mencadangkan keperluan untuk melaksanakan satu prosedur pembedahan yang melibatkan teknologi Biomesh untuk menutup kawasan kecacatan tengkorak. Perhatian juga kepada keperluan menggantikan pirau VP(shunt) sediada kepada yang baru. Oleh yang demikian, Perunding Pakar Bedah Otak (Neurosurgeon) berminat untuk melaksanakan kedua-dua prosedur pembedahan tersebut.

Pembedahan walaubagaimanapun terpaksa dilakukan di Malaysia atas beberapa sebab yang tidak memungkinkan dibuat di UK. Kos rawatan untuk Adik Natasha dianggarkan mencecah sekitar RM40,000. Oleh yang demikian, tabung Adik Natasha ini dilancarkan oleh pihak Komuniti Malaysia Glasgow(KMG) dengan sejuta harapan agar dapat bersama membantu meringankan beban dan derita insan yang menanggung. Sumbangan terus boleh dilakukan menerusi akaun bank seperti di bawah: 
BANK DI UK
Name: MOHD NAZRI BIN MOHD WARIP
Bank Name: Lloyds TSB Scotland
Account Number: 79809868
Sort Code: 87-37-46
Bank Branch: STVINCNTST(873746)
IBAN: GB83 TSBS 8737 4679 8098 68
BIC: TSBSGB21267

BANK DI MALAYSIA

Name: MOHD NAZRI BIN MOHD WARIP
Bank Name: Maybank (Malayan Banking Berhad)
I/C Number: 731212105437
Account Number: 164191980878
Account Type: WADIAH Savings Account
Bank Branch: Damansara Utama – 64191
Swift Code: MBBEMYKL

Sumbangan ikhlas serta doa dari kalian hanya mampu di balas oleh Allah swt. Mudah-mudahan dengan setitis sifat kasih dan sayang kalian memungkinkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak. InsyaAllah. 

“HULURKAN BANTUAN…SINARKAN HARAPAN”

Jawapan Kepada Isi Twitter Yang Menghina Rasulullah SAW

By Shahmuzir

Status Facebook hari ini saya mulakan dengan menyentuh hal yang ditimbulkan oleh seorang wartawan muda dari Arab Saudi bergelar Hamzah Kashghari: 

Bukan semua yang ada di dalam hati kita boleh kita zahirkan.  Kerana ia boleh menimbulkan natijah apabila ia dikeluarkan samada dalam bentuk tulisan atau kata-kata.  Natijahnya boleh jadi samada baik atau buruk.  Sebab itu, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata mengikut hawa nafsu kita.  Kena fikir dahulu.  Dan fikir tentang akibatnya.

Apa yang diluahkan Hamzah Kashghari ini mengingatkan saya kepada seorang remaja lelaki dari aliran menengah agama yang belajar tauhid, fiqh, hadith, bahasa Arab dan belajar pula dalam bi’ah yang solehah, tetapi beliau mempersoalkan kewujudan Tuhan.  Beliau menangis tatkala meluahkan kerisauannya.  Namun, disebabkan apa yang berpusing di dalam fikirannya itu ditanya dengan ikhlas dan bertemu pula dengan seseorang dengan tujuan untuk mendapat pencerahan, maka tujuannya dapat difahami.  Setelah diberikan nasihat, maka legalah beliau.

Memang kadang-kadang fikiran manusia didatangi dengan bermacam-macam fikiran.  Dan ketahuilah bahawa itu semua didatangkan oleh Syaitan La`natullah yang membisik-bisikkan ke dalam dada manusia.  Itulah ujian.  Ia datang kepada saya dan semua orang yang beriman, juga kepada orang yang tidak beriman.  Dan tentulah apabila semakin kemas iman seseorang, semakin kuat pula hasutan dan semakin hebat strategi si Syaitan La`natullah itu.  Selagi kita pandai menguruskannya dan berusaha mencari jawapan penyelesaian, maka akan selamatlah kita.

Dalam masa yang sama mintalah perlindungan dari ALLAH daripada dihasut dengan bisikan-bisikan jahat Syaitan La`natullah.  ALLAH lah Rabb manusia, Ilah manusia dan Raja manusia.

Tetapi jika kita termakan dengan hasutan itu lalu mengaitkan pula dengan masyarakat umum dengan mewar-warkan ke khalayak awam melalui media cetak atau internet tentang idea songsang itu, maka siaplah.  Hukum akan datang dibawa ke muka individu itu kerana ia melibatkan maslahah umum!

Kandungan Twitter

Berbalik kepada isu Hamzah Kashghari.  Inilah mesej twitter yang dikeluarkan oleh beliau:

 

 

Ada yang mengatakan bahawa apa yang di‘tweet’kan oleh Hamzah Kashghari adalah suatu yang ringan dan tidak patut dipandang serius.

 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun. Sesungguhnya kita dan semuanya milik ALLAH dan sesungguhnya kepadaNYA lah kita dan semuanya akan kembali.  Semoga ALLAH tidak mencabut rasa prihatin dan cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Sungguh, ia suatu nikmat pemberian dari ALLAH.  Apabila ia dicabut, maka hilanglah rasa sensitif kita terhadap hinaan seperti ini.  Apabila ini berlaku, ketahuilah ia suatu musibah buat hati dan ummat.

Jawapan

Sungguh, kata-kata yang disebarkan melalui Twitter itu cukup menyinggung perasaan hati orang yang faham tentang kedudukan mulia Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di sisi ALLAH `Azza wa Jalla.  Kenapa?  Kerana ia sangat bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH `Azza wa Jalla.  Lihat ayat-ayat ALLAH ini dan cuba renungkan.  Betapa ganjil dan biadabnya kata-kata dalam Twittertersebut:

Twitter 1:

 

 

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-NYA bersolawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzab: 56)

ALLAH Yang Maha Mulia, Maha Agung, Maha Memiliki Segala-galanya, Maha Kaya, Maha Tinggi bersolawat ke atas Nabi.  Malaikat juga bersolawat ke atas Nabi.  Dan ALLAH menyuruh orang-orang yang beriman supaya bersolawat ke atas Nabi.  Tiba-tiba ada manusia engkar dengan suruhan itu??!!  Tidak mahu bersolawat??!!  Siapa kamu??!!  Siapa kamu??!!

Twitter 2: 

 

 

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

 

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

”Sesungguhny

Give it to your woman, it’s her job”.

13 Rabi’ul Akhir 1433 H | 7 March 2012
Harakahdaily :  

 

Outrage over sexist washing instruction on trouser’s label

 

Yahoo! News, 07 March 2012

 

LONDON, Mar 7: Trousers being sold by a British clothing store have sparked online outrage over their washing instructions that many claim are “sexist” and “below the belt”.

Daily Telegraph journalist Emma Barnett said she was furious when she discovered the washing instructions on her boyfriend’s beige chinos purchased from the Madhouse flagshop last month.

The care instructions were the usual “Machine wash warm. Inside out with like colors….Tumble dry medium” but also included an optional “Give it to your woman, it’s her job”.

Barnett posted the picture to her Twitter and within a short span of time, it was flooded with angry comments from users.

People vented their disgust toward the retailer using “#SexistTrousers” and vowing to never shop at the store again.

“Lately I can’t tell which decade I’m living in. What brand are those trousers?! I can only assume that’s a joke,” a female user tweeted.

However, other users dismissed it as a joke. “Some people are so sensitive. It’s a JOKE. And a great stunt,” wrote one.

Madhouse is a UK-based chain of discount men’s clothing stores.
In reply to the Daily Telegraph story, a Madhouse spokesman said: “The chinos in question are manufactured by a jeans brand that we stock but the care instructions on this product were not proofed by our buyers who normally concern themselves with quality, style and price of the products they order. The first Madhouse was aware of the care instruction on this product was today”.

 

 

KENAPA SAMPAI BEGINI?

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Monday, 5 March 2012 at 16:52 ·

Salam saya mahu kongkisan jawapan kepada wartawan Sinar Syida yang bertanya saya beberapa soalan. Saya cuma terpanggil untuk berkongsi dengan anda sedikit dari jawapan saya yang SANGAT bermakna buat diri seorang wanita yang bernama Wardina Safiyyah. Untuk jawapan dan soalan yang  penuh dapatkan Sinar. (tak tahu bila nak keluar)

 

Soalan:

1.       Kak Dina kini bergiat aktif sebagai penceramah agama dan motivasi. Boleh Kak Dina ceritakan serba sedikit detik permulaan / apa yang mendorong Kak Dina menceburi bidang ini?

2.       Setakat ini, bagaimana pengalaman Kak Dina sebagai penceramah? Adakah ia menyeronokkan?

 

Jawapan: (please read carefully and try to really understand)

 

 

Bismillah.

 

Saya BUKAN penceramah apatah lagi penceramah agama atau motivasi. Saya tiada tauliah dan kelayakan. Penceramah agama perlukan kelayakan yang sahih dalam bidang agama dan pakar motivasi perlukan kelulusan dari badan profesional ‘kaunseling dan motivasi’ yang diiktiraf. Saya tidak selesa dipanggil penceramah atau motivator. Saya seorang ‘student of knowledge

 

Saya belajar dari sesiapa dan dari mana sahaja. Dari makcik jual kuih tepi jalan pun banyak yang boleh saya pelajari.

 

Apa yang saya lakukan? Bukan untuk semua tahu. 🙂 Siapa yang tahu, tahulah. Saya cuma bertukar idea, pengalaman, suka, duka dan bercerita bersama rakan-rakan saya baik dalam tulisan (sekarang penulis bagi majalan Muslimah, Gen-Q, JOM), lisan dan perbuatandengan mereka yang ‘mahu’ membina minda bersama berfikir secara kritis, yang mahu memperbaiki diri dan mencari inspirasi dan sama seperti saya mahu belajar dari sesiapa sahaja 🙂

 

Kalaulah anda tahu betapa banyak email yang saya terima, gadis yang berzina, mahu berubah, mahu mula bersolat, mahu berhijab, mahu menjadi muslimah yang lebih baikTETAPI tidak ada SOKONGAN dan TIDAK TAHU kemana mahu pergi untuk berubah, mungkin pengkritik saya akan senyap dan cuba memahami!!

 

Mungkin boleh cuba faham kenapa saya bersusah-susah tinggalkan anak saya, masa saya, tenaga saya untuk bersama mereka! Kerana ini sudah saya anggap tanggungjawab saya! Do you even think I get paid??? Kadangkala tak ada duit pun. Do I care??

 

No, sebab saya buat bukan untuk dipuji, bukan untuk duit. Duit, anugerah, pangkat, menjadi kulit depan majalah bukan matlamat saya dalam hidup! Saya sayangkan adik-adik remaja saya! Saya tak mahu merka sesat seperti saya dulu! Faham tak? Faham tak? Ada yang masih tak faham lagi?

 

Saya bukan nak cerita pasal beg tangan, rumah mahal saya, perkahwinan juta-juta saya.. Apa faedah yang masyarakat dapat, melainkan mengimpikan hidup yang jauh dari jangkaan itu? Hidup materialistik yang sementara dan palsu. Pelik, bila ada di antara mereka yang menjaja cerita kekasih, berpeluk tanpa hubungan, beg mahal, kereta mewah tak ada pula yang ‘kurang senang’… Mari saya tanya satu solan… Tak nampakah betapa parahnya pemikiran kita? Bangunlah dari mimpi.

 

Jika anda rasakan cara saya tak salah, serba tak kena, apa kata berikan saya NOMBOR dan EMAIL anda supaya saya boleh suruh adik-adik ini berjumpa dengan anda ok? Saya suruh mereka yang menjemput saya untuk berkongsi dan bertukar cerita menjemput anda saja ya? BUT PLEASE I need your contact, give it to me. Show ME how to do things better. I’ll invite you to a talk, so  YOU SHOW ME how to speak ad what to say. YOU show me how to move hearts and help people change ok? You go do something, don’t just sit down. Its very unfair!

 

Seronok? Apa yang seronok kalau dicemuh, dihina, dikeji, dicari salah, diputar belitkan ayat dan mesej? Mana yang seronok? Sakit ya mungkin. Sedih ya pasti. Air mata mengalir bederai di pipi setiap kali membaca kata fitnah, makian, hinaan yang diberi. Kata suami dan rakan-rakan jangan baca. Tapi kadangkala ada yang menghantar pula link, email pada saya. Kenapa saya tanya? Kenapa? Saya ini jahatkah? Saya ada buat maksiat? Saya berdosa dengan mereka?

 

Salahkah saya berkawan dengan semua orang baik orang PAS, DAP, KeADILAN atau UMNO. Tak bolehkah kita hidup bersama tanpa benci walau berlainan pendapat. Kenapa teruk sangat pemikiran? Siapa yang menyuburkan benci ini dalam diri kita??? Saya hulurkan maaf. Maafkan saya kerana kejahilan saya selama ini. Saya tidak sempurna. Ya benar! Tapi saya mahu lebih baik, doakanlah saya.

 

Kerana demi Allah saya sedang menjaga diri, hati, iman ini sebaiknya. Mungkin ini yang membuatkan sujud saya lebih bermakna. Lebih dekat pada Ilahi, mungkin itulah hikmahnya. Lebih tabah dan berani. Lebih banyak muhasabah kerana kita belajar memperbaiki diri apabila dikeji dengan kata-kata hina dari musuh kita. Kita tidak akan lebih baik dengan pujian yang melambung dan kata-kata ampu. Jika inilah yang akan menjadikan saya lebih baik, Demi Allah berilah saya lebih lagi dugaan. Jika pujian menyebabkan saya rasa khayal dan selesa, maka tidak sekalipun saya inginkan.

 

Kurang senang dengan saya? Ya, tutuplah tv, jangan baca, jangan dengar, jangan lihat saya. Mudah saja. Saya akan tetap menghulurkan tangan pada adik-adik remaja dan kanak-kanak serta wanita yang saya sayangi bersesuaian dengan kapatasi saya. Maafkan saya kalau saya silap. Tapi saya bukan pengampu dan penipu. Saya tidak kasar, biadap atau merendahkan sesiapa pun. Itu bukan matlamat saya. Saya mencari kebenaran.. Semoga kita mencarinya bersama dan tidak takut bersuara.

 

Moga saya mati sebagai Muslimah yang cuba menjadi yang terbaik. Biarlah saya antara yang sedikit dan asing, kerana hakikatnya di dalam Quran juga menyebut cuma sedikit sekali yang memahami, mengerti dan bersyukur. Saya mahu jadi golongan yang sedikit. Dan di akhir zaman, yang sedikit dan mereka yang asinglah adalah orang yang beruntung dan akan menang. Adakah anda dari golongan yang sedikit itu? Jika tidak kisah, kata Allah dan Rasulullah “Jika tiada malu, buatlah suka hatimu” Saya tetap mahu sibukkan diri memperbaiki diri saya yang hina, dhaif, jahil ini dgn mencari ilmu berguna untuk diri dan keluarga saya dahulu. Moga Allah mengasihani saya dan membuka jalan untuk saya.Saya rasakan untuk ‘mencapai kemenangan’ kita perlu lalui kepahitan. Kemenangan akan tiba, saya amat yakin sekali. Wallahu’alam.