Archive for March, 2013

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

Selepas seminggu bercuti di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman
Selepas seminggu bercuti di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ” ar-rahman

Unlike ·  · Share · 7 minutes ago v

Advertisements

kisah dr kehidupan

Hotel Zenith, Kuantan. Tingkat 16 Bilik no 9. Tarikh 24hb Disember 2012. Versi Aku

Lebih kurang jam 10 pagi. Aku dah bersiap untuk pulang ke KL. Air-cond padam. Aku call receptionist, jawapnya, ada problem dengan bekalan letrik ke hotel.

“Biarlah, aku dah nak check out”. Aku berkata dalam hati.

Aku duduk di katil, main game di ipad. Isteri masih bersiap, anak2 pun turut main game. Di luar, jelas hujan turun. Lebat. Sangat lebat. Dari malam tadi tak berhenti. Sekali sekala, mata aku melirik keluar, putih…. Jelas, hujan lebat sungguh.

“Sila alihkan kereta tuan puan yang berada di basement ke P1 dan P2 sekarang”.

Aku di kejutkan dengan pengumuman. Tanpa banyak biacara, aku bingkas bangun. Dengar juga si isteri menyuruh aku bertindak segera, memang aku nak pergi segera pun….

Aku dapat lif cepat. Di luar dah ada beberapa orang yang menunggu. 3 orang rasanya. Semuanya nampak kelam kabut. Semuanya nak cepat. Lif boleh dikatakan berhenti disetiap tingkat. Aku rasa masih awal, jadi perasaan aku tak gelabah sangat.

“Dungung banjir doh, ghama doh hok pindoh”

Salah seorang dari mereka yang naik bersama aku di tingkat 16 menyapa kawannya yang naik di tingkat 10. Mungkin kawannya tu orang Dungun.

“Air masuk banyok doh ke?” Kawannya ajukan soalan. Dia tak hiraukan topik pindah tadi.

“Masuk doh.. tapi bulih alih lagi….”. Dia sempat tengok aku. Aku senyum.

“Arap-arap dang lagi kite nih.” Aku membalas dalam pelat Terengganu sambil senyum sebagai tanda kawan.

Di basement:

Terbuka pintu lif. Masing-masing menuju ke kereta. Nasib baik kereta aku hanya di depan pintu lif. Air pada masa itu sudah tenggelamkan separuh tayar kereta. Terkasima!!!!. Tapi sempat juga aku capai Samsung S3 untuk ambil gambar. Aku hidupkan enjin. Meluncur menuju ke tingkat atas. Sebelum naik, aku sempat tengok air masuk ke basement. Deras dan banyak. Macam air terjun. Bezanya cuma kotor.

Berjaya naik hingga ke P2. Aras paling tinggi untuk parking kereta.Aku tak matikan terus enjinnya. Sambil lihat gelagat mereka yang lain alihkan kereta, aku nyalakan sebatang rokok. Sedut dalam-dalam. Lega. Beberapa kali juga aku ambil gambar. Lihat di sekeliling hotel, teruk juga. Semuanya air. Dari atas dapat lihat, air masuk ke basement, deras dan banyak!

Aku matikan enjin. Terus turun tangga untuk ke lobi hotel. Di P1, aku dapat lihat kereta yang di basement dah banyak yang tenggelam. Dah terlambat. Mereka sedang tolak sebuah mercedes. Aku lipat seluar dan tolong. Mula-mula tolong tengok. Tapi tak lama lepas tu, aku tolong tolak juga. Bila dah sampai ke atas, mereka yang di bawah jerit minta tolong untuk tolak CRV. Aku pun dengan rasa rendah diri, turut membantu. Aku lihat, mereka yang di bawah, airnya di paras pinggang. Masa tu, dah ramai yang datang membantu, staff hotel pun ramai. Air masih masuk. Deras dan banyak!

Sedang elok CRV tu sampai ke atas, telefon aku berdering….

Lif Pekerja:

Lebih kurang jam 11.45 pagi. Aku di lobi hotel. 

“Bang, takde letrik, lif tak gerak. Camana ya? Nak kena turun pakai tangga ke? Tingkat 16 nih….”. Isteriku di telefon.
“Iyalah, lif takde.” Sambil tangan aku tekan butang lif yang dah tak menyala.
“Encik nak ke mana?” Sapa salah seorang pekerja hotel.

“Errr…. ke atas, tingkat 16, nak check out”. Kataku. Isteri masih di talian.

“Encik boleh guna lif pekerja, dia kena ikut”. Sambil dia arahkan seorang pekerja lain untuk ikut aku. Berbangsa cina, rendah sikit dari aku.

“Ok, boleh guna lif pekerja. Nanti abang naik”. Aku matikan perbualan di telefon.

Ditingkat 16, isteri dan anak-anak-anak-anak (anak aku ada empat), dah menunggu depan lif.

Tanpa berlenggah, aku terus mengangkat barang-barang ke dalam lif. Isteri bimbit beg dan pimpin tangan Hazmi (7 tahun), Hanani (12 tahun) dukung Hazri (2 tahun), Haziq (10 tahun) bimbit beg.

“Phewww lega, ingatkan nak kena turun pakai tangga dari tingkat 16!”. Isteriku menegur pekerja hotel tadi.

Duuuummmmmmmmmm…!!!!!!!

Lif terhenti. Semua terdiam. Terkejut.

“Jangan bimbang… jangan bimbang”. Pekerja tadi cuba menenangkan keadaan.

Belum sempat dia habis cuba menenangkan keadaan. Lif bergerak. Aku lega. Tapi lega aku tak lama.

Lif bergerak terus ke basement!!!!!!!!

Lif terhenti. Aku dah panik. Aku tahu di basement air dah banyak…

Isteri menjerit… “Ya Allah!!!!”.

Air mulai masuk melalui celahan lif. Laju dan deras.

Air di paras lutut.

Si Hazmi dah menjerit takut. Aku dengar Haziq dah mula istigfar kuat. Azan dan mengucap.

Hanani memegang erat adik nya. Aku lihat muka Hazri memandang aku ketakutan.

Air di paras lutut!!!

ZZZZZRRRRRRRRRRUUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMM………..

Lif bergerak lagi.

Ya Allah!!!!! Makin ke bawah.

Ya Allah!!!!!!!!…. Lif makin ke bawah!!!!!

Allah saja yang tahu perasaan aku. Pekerja hotel tadi terdiam. Tak berkata-kata lagi.

Ya Allah!!!!!

Air mencurah lebih banyak. Dari celahan lif. Banyak sungguh dan deras!!!! 

Air terus masuk ke dalam lif. Aku hanya ingat mati.

Air masuk deras!!!

Ya Allah!!!!

Depan aku Hanani, dia masih terdiam. Mukanya putih, pucat. Hazri yang didukung terus palingkan muka. Memeluk Hanani kuat-kuat. Kuat sungguh. Tapi diam. Tak menangis. Hanani peluk adiknya kuat-kuat.

Air terus masuk deras..

Hazmi yang menangis.

“Ami takut… Ami takut…”. Sambil menangis. Aku tarik tangan Hazmi. Angkat dan dukung.

“Ami dengan Ayah”…
Ya Allah!!!!

Air masih masuk. Deras. Kotor.

Haziq masih azan dan istigfar. Kali ini lebih kuat.

“Ya Allah, selamatkan kami Ya Allah”.

Jelas, itu sahaja perkataan dari mulut Haziq. Tak henti-henti dia berdoa. Doanya, istighfarnya kepadaNya malah makin kuat. Di tangannya mengangkat beg supaya tak basah.

“Letak semua beg, letak semua beg!!!” Aku cuba tenangkan keadaan.

Isteri campak beg pakaian. Tarik Haziq. Pegangnya kuat-kuat. Isteri terus berdoa. 

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah……”

Air dah sampai paras atas pinggang aku, hamoir ke dada!!!!!

Di paras tengkuk Haziq.

Hanani tinggi sikit dari ibunya. Air sudah sampai ke paras dadanya. Tapi dia tak bercakap, hanya mulutnya kumat-kamit. Berdoa.

Ya Allah, ini kah ajal aku?

Aku memandang ke atas, aku terfikir untuk pecahkan bahagian atas lif. Sekurang-kurangnya kami boleh keluar dari paras air yang masuk.

Air kotor terus masuk deras dari celahan lif.

Deras!!!!!!!!!!

Tetapi, tiba-tiba, Alhamdulillah…. Ya Allah!!!!!!!!

Mungkin berkat doa isteriku, anak-anak-anak-anak ku…

walaupun air masih mengalir masuk, deras!!!

Llif bergerak ke atas!!!!!!

Syukur Ya Allah… syukur..

Tingkat 23

Lif bergerak terus ke tingkat 23! Air sudah keluar dari lif.

Alhamdulillah!!!!

Timbul pula masalah baru. Aku dapat rasakan, tiada siapa yang tahu kami terperangkap dalam lif!!!

Semua alat hubungan dalam lif tak berfungsi. Loceng tak berbunyi. CCTV tak berfungsi. Interkom tak berjawap.

Aku keluarkan telefon S3 dari poket. Dah masuk air!!! Telefon pekerja hotel juga dimasuki air.

“Telefon ni ada”. Rupanya, tanpa disedari, isteri memegang telefon nya supaya tak dimasuki air.

Aku keluarkan pula telefon Nokia 90 ringgit. Sudah dimasuki air.

Tapi masih berfungsi!

Signal pula tak ada!

Aku pecahkan bahagian atas lif. Hampa. Masih ada syiling di atas nya. Berkunci pula.

Aku letakkan Hazmi. Dia akur dan diam.

Haziq terus berdoa. Tangan nya menadah harapan.

Hanani masih terdiam tapi masih mendukung Hazri.

Isteri masih cuba cari signal telefon.

Pekerja hotel cabut bateri telefon dan pasang balik. Mencuba lagi telefonnya berkali-kali. Aku turut mencari-cari signal telefon.

Halakan telefon ke atas. Masa tu, aku pun kurang pasti kalau cara itu berkesan.

Nokia 90 ringgit dapat signal. Telefon isteri aku juga dapat signal.

Pekerja tadi bagi nombor telefon hotel. Tergagap-gagap dia bagi nombor.

Isteri dan aku cuba telefon tapi nombornya salah. Isteri lihat nombor di kunci. Dan cuba dail lagi.

Aku cuba dengan 999 dan 994. Tapi panggilannya putus. Signal tak kuat. Aku cuba berkali-kali.

“Ayah, itu nombor untuk emergency”. Hanani tiba-tiba bersuara.

Rupanya, dari tadi dia pandang sekeliling.

Di belakang aku, ada nombor untuk di hubungi semasa kecemasan.

Aku dail.Tapi putus.

Aku hantar sms.

KAMI TERPERANGKAP DALAM LIF. HOTEL ZENITH. TOLONG.

Beberapa saat lepas itu, dia balas. Akhirnya…..

OK. DI LIFT MANA?

LIF PEKERJA…..TINGKAT 23..

Barulah aku rasa bernafas kembali. Dan saat itu juga, isteriku dapat hubungi receptionist hotel! Akhirnya….

Mereka jawap panggilan, isteriku beritahu kami di mana.

Akhirnya, setelah 30 minit!!!!!!!!!!

Mereka sudah tahu aku dan keluarga terperangkap dalam lif!

Haziq masih teruskan doa. Muka Hanani nampak sedikit lega.

Hazmi masih ketakutan. Tapi aku pasti dia juga berasa sedikit lega. Dia dengar perbualan isteri dan receptionist tadi.

Hazri, aku rasa dia masih tak faham. Dia masih peluk Hanani erat.

Aku? Hanya Allah yang tahu.

DUM DUM DUM… Pintu lif di ketuk.

“Tunggu sekejap….”.

Alhamdulillah.

Mereka dah sampai untuk menyelamatkan kami.

Buka pintu lif di tingkat 23. Syukur Ya Allah. Kami masih hidup.

Kami selamat. Keluar dari lif pekerja.

Isteri dan anak-anak menangis gembira.

Ya Allah, syukur kepada Mu Ya Allah.
Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan syukur kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah…
Pada masa kami di basement,
Airnya hampir di paras dada ku,
2 jengkal lagi ke paras hidung,

Hanya tinggal 2 jengkal lagi untuk membawa aku ke alam barzakh….

Untuk Isteriku Zulaiha, anak-anak-anak-anak ku, Hanani, Haziq, Hazmi dan Hazri, Alhamdulillah, aku masih sempat menaip untuk aku katakan,

Aku sayang kamu semua!

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI ♥

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI ♥

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. 

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. 

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. 

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. 

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
‎10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI ♥

semoga Allah membantu mrk yg dianiaya

Terkini: 29/01/2013

Pembunuhan di Aleppo: 65 mayat dikeluarkan dari sungai Syria

Sekurang-kurangnya 65 mayat lelaki dewasa dan remaja, kesemuanya dibunuh dengan satu tembakan di kepala atau leher, ditemui pada hari Selasa di dalam sungai di bandar Aleppo, Syria, kata pihak pemerhati dan pejuang FSA.

Pihak pertubuhan Hak Asasi Manusia Syria berkata, 65 mayat ditemui di Sungai Quweiq, tetapi mengingatkan bahawa jumlah kematian boleh meningkat lagi.

Seorang pegawai FSA di tempat kejadian berkata, sekurang-kurangnya 68 mayat telah ditemui dan ramai lagi masih dikeluarkan dari sungai, di kawasan yang dikuasai pejuang.

“Sehingga kini kita telah keluarkan 68 mayat, sesetengah daripada mereka adalah remaja,” kata Kapten Abu Sada, sambil menambah bahawa mereka semua telah “dibunuh oleh rejim.”

“Tetapi ada lebih daripada 100. Masih terdapat banyak di dalam air, dan kita cuba untuk mengeluarkan mereka.”

Regim pula mendakwa bahawa pembunuhan ini dilakukan oleh pihak “pengganas” kerana berlaku di kawasan yang dikuasai oleh pejuang.

Dakwaan tersebut dinafikan seorang pejuang FSA.

“Mereka mungkin telah dibunuh beberapa hari yang lalu dan arus sungai membawa mayat-mayat ini ke sini,” nyata Abu Anas, kepada AFP.

“Ini bukan kali pertama kami menemui mayat orang yang dihukum mati, tetapi seramai ini, tidak pernah,” kata beliau lagi.

Shabiha (militia pro-kerajaan) menahan orang yang melintasi pusat pemeriksaan … dan mereka melakukan penyeksaan dan membunuh kebanyakan daripadanya,” kata Abu Anas.

Video : GRAPHIC!!!

apa yg berlaku di syria

solat

solat

How can he live with himself?

How can he live with himself?

How can he live with himself?