semoga Allah membantu mrk yg dianiaya

Terkini: 29/01/2013

Pembunuhan di Aleppo: 65 mayat dikeluarkan dari sungai Syria

Sekurang-kurangnya 65 mayat lelaki dewasa dan remaja, kesemuanya dibunuh dengan satu tembakan di kepala atau leher, ditemui pada hari Selasa di dalam sungai di bandar Aleppo, Syria, kata pihak pemerhati dan pejuang FSA.

Pihak pertubuhan Hak Asasi Manusia Syria berkata, 65 mayat ditemui di Sungai Quweiq, tetapi mengingatkan bahawa jumlah kematian boleh meningkat lagi.

Seorang pegawai FSA di tempat kejadian berkata, sekurang-kurangnya 68 mayat telah ditemui dan ramai lagi masih dikeluarkan dari sungai, di kawasan yang dikuasai pejuang.

“Sehingga kini kita telah keluarkan 68 mayat, sesetengah daripada mereka adalah remaja,” kata Kapten Abu Sada, sambil menambah bahawa mereka semua telah “dibunuh oleh rejim.”

“Tetapi ada lebih daripada 100. Masih terdapat banyak di dalam air, dan kita cuba untuk mengeluarkan mereka.”

Regim pula mendakwa bahawa pembunuhan ini dilakukan oleh pihak “pengganas” kerana berlaku di kawasan yang dikuasai oleh pejuang.

Dakwaan tersebut dinafikan seorang pejuang FSA.

“Mereka mungkin telah dibunuh beberapa hari yang lalu dan arus sungai membawa mayat-mayat ini ke sini,” nyata Abu Anas, kepada AFP.

“Ini bukan kali pertama kami menemui mayat orang yang dihukum mati, tetapi seramai ini, tidak pernah,” kata beliau lagi.

Shabiha (militia pro-kerajaan) menahan orang yang melintasi pusat pemeriksaan … dan mereka melakukan penyeksaan dan membunuh kebanyakan daripadanya,” kata Abu Anas.

Video : GRAPHIC!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: