bapa

bapa

KASIH SEORANG BAPA
( please feel free to SHARE! )

Ini adalah satu gambar yang amat menyayat hati, di mana seorang pengayuh beca di India terpaksa membawa bayinya yang berusia sebulan kemana-mana sahaja dia mengayuh becanya.

Bablu Jatav, seorang pengayuh beca di Bharatpur, India setiap hari akan mengikat bayi perempuannya yang baru berusia sebulan, Damini, di dadanya dan membawanya kemana-mana sahaja dia bekerja. Ibu Damini, Shanti, meninggal dunia ketika melahirkannya.

Bablu, seorang bapa yang penyayang, tidak ada pilihan lain lantaran tiada saudara mara yang mahu menjaga Damini. Damini pernah dikejarkan ke hospital di Jaipur kerana sakit. Dengan asap, debu berhujan dan berpanas, dan segala macam kekotoran di jalanan, tidak hairanlah Damini jatuh sakit.

jauh sekali beza dengan bayi-bayi lain seusianya, yang selesa di atas tilam yang empuk atau belaian ibu yang menjaga.

Walaupun Damini mengalami anemia dan dehydration, dia bernasib baik dan kembali dilaporkan stabil.

” Saya dan Shanti telah berkahwin selama 15 tahun, dan akhirnya kami dikurniakan cahaya mata. Shanti amat gembira apabila mengetahui dia akhirnya hamil tetapi kini ianya sungguh menyedihkan dia sudah meninggal dunia. Saya berazam akan menjaga anak saya walau apa yang terjadi ”

Semenjak kisahnya dipaparkan, banyak pihak yang menawarkannya bantuan termasuklah pihak berkuasa di India.

_________

Kasih ibu dibawa ke syurga. Kasih bapa adalah untuk selama-lamanya… Buat kaum bapa sekelian, adakah anda mampu menyayangi anak anda seperti Bablu?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: