tika itu

Telah berkata seorang Ahli Arif lagi Syuhud: ” Ramai orang yang tersangat ingin dan berharap dapat hidup sezaman dengan ‘Rasulullah’.. Dengan harapan dapat menjadi sahabat dan berjuang bersama Baginda…”

Lalu Ahli Arif tadi menyambung kata-katanya, “Bahkan pewaris-pewaris Rasul itu sentiasa ada hingga ke hari ini dan hampir sahaja tidak dipedulikan ramai orang, malah ditohmah dengan pelbagai cara…”

Dan beliau simpulkan:
“Tidak jauh bezanya seperti mana ketika Rasulullah itu menjalani kehidupan da’wahnya…”

Apabila ditanya berkenaan hal demikian, bagaimanakah mungkin boleh berlaku?

Dijawab oleh Ahli Arif lagi Syuhud itu..: 
“Pada zaman hidupnya nabi, kelahiran Baginda ditunggu-tunggu oleh semua, namun setelah turunnya Wahyu dan Kenabian, ramai yang menuduh Baginda dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan, termasuk oleh orang-orang yang mengaku mengasihi baginda.. Hal ini, (tohmah dan tuduhan) berterus-terusan kepada sahabat, tab’in, tabi’ tabi’n hinggalah sekarang.”

Sambung Ahli Arif lagi:, “Bagaimana sikap kita terhadap pewaris-pewaris Rasulullah pada zaman ini, begitu jugalah sikap kita kepada Baginda jika kita hidup pada Zaman Itu”

~WallaHuA’lam

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: