Archive for September, 2012

http://www.demotix.com/ne…

http://www.demotix.com/news/1406579/manene-ritual-cleaning-tanah-toraja-mummy/all-media

Etnik Baruppu dari Indonesia mampu buat mayat berjalan sendiri

 
 

Posted by DAQ ANN on WEDNESDAY, 5 SEPTEMBER 2012 AT 01:30

INDONESIA yang dihuni pelbagai etnik sememangnya terkenal dengan upacara berunsur mistik. Antara adat unik tersebut ialah ritual ‘mayat berjalan’ yang dipanggil ma’nene yang masih diamalkan oleh etnik Baruppu yang mendiami Tana Toraja di Sulawesi Selatan.
 
Etnik pribumi yang mendiami kawasan Pergunungan Sesean ini menganggap semangat ahli keluarga yang telah mati akan kekal bersama ahli keluarga yang masih hidup. Lantaran itu, mereka sangat menghormati mayat.
 
Menurut ketua masyarakat Baruppu, Pongtiku, ma’nene merupakan ritual khas untuk memuliakan mayat dan mengenang jasa si mati. Ia diadakan setiap tiga tahun sekali.
“Waris si mati akan menurunkan keranda ahli keluarga mereka dan menjalankan beberapa ritual khusus tanda memuliakan mayat.
 
“Mayat kemudiannya dibersihkan, dibawa berjalan pulang ke rumah dan dipakaikan pakaian baharu,” katanya.
 
Upacara ma’nene dipercayai mula diamalkan ratusan tahun dahulu oleh seorang pemburu binatang bernama Pong Rumasek.
 
“Satu hari, ketika Pong berburu di hutan tebal, dia terjumpa dengan rangka mayat. Oleh kerana simpati dengan keadaan mayat yang tidak terurus, dia membungkus mayat tersebut dengan baju yang dipakainya.
“Selepas itu, mayat itu diletakkan di tempat yang lebih sesuai.
 
“Sejak itu, rezeki Pong melimpah-ruah. Setiap kali keluar berburu, dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong, malah hasil tanamannya semakin menjadi.
“Pong juga dikatakan sering ditunjukkan di mana tempat persembunyian haiwan buruan oleh mayat yang pernah dibantunya itu.
 
“Sejak itu, Pong beranggapan, mayat yang sudah tinggal tulang-belulang juga perlu dimuliakan dan itu adalah amanatnya yang menjadi pegangan kaum Baruppu hingga ke hari ini,” jelas Pongtiku.
 
Bagi waris yang mahu melakukan upacara ma’nene, persiapan dilakukan sejak awal pagi lagi.
Seperti Tumonglo, seluruh ahli keluarganya akan berkumpul di rumah sehari sebelum ma’nene untuk membuat persiapan.
 
“Sebelum mayat dibawa pulang ke rumah, kami perlu menyembelih kerbau dan babi terlebih dulu.
“Upacara ini diraikan bukan sahaja sesama keluarga tetapi dengan seluruh penduduk kampung,” ujarnya.
Jelas Tumonglo lagi, walaupun ada dalam kalangan ahli keluarganya sudah memeluk agama Kristian, mereka masih kuat berpegang kepada adat Baruppu.
 
 
“Mereka tetap hadir untuk menghormati upacara ini. Walaupun tidak terlibat secara langsung, sekurang-kurangnya mereka masih datang untuk meraikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.
Selesai menyembelih kerbau dan babi pada awal pagi, sebahagian besar ahli keluarga akan pergi ke kawasan perkuburan di tebing gunung batu Tunuan bagi menunggu keranda milik datuk Tumonglo yang meninggal dunia tahun lalu dibawa turun.
 
“Kerja menurunkan keranda dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada terjatuh. Sebarang kecuaian boleh merosakkan keadaan mayat di dalamnya, ” ujar lelaki ini.
 Sementara itu, di bawah tebing kubur, waris-waris lelaki akan berganding tangan membentuk bulatan sambil meratib ma’bong bagi mengiringi keranda yang diturunkan.
 
“Ma’bong adalah satu lagu yang melambangkan ratapan sedih ahli keluarga yang ditinggalkan si mati.
“Bait-bait liriknya juga memberi semangat kepada waris yang masih hidup untuk lebih bersemangat selepas ketiadaan si mati,” katanya.
 
Sebaik sahaja keranda kusam berbungkus kain merah itu mencecah papan pelantar, jasad mayat datuk Tumonglo dikeluarkan.
 
“Sebaik sahaja dikeluarkan, mayat akan diletakkan dalam posisi berdiri sebelum dibawa berjalan pulang ke rumah.
 
“Sesampainya di rumah, rangka akan dibersihkan menggunakan berus halus.
“Dalam upacara ma’nene, waris mesti memastikan mayat tidak mencecah tanah dalam apa keadaan sekali pun. Itu pantang larangnya.
 
“Apabila mayat sudah bersih, pakaiannya digantikan dengan persalinan baharu. Tahun ini, saya memilih kemeja batik serta sepasang sut berwarna hitam untuk datuk.
 
“Selepas semuanya selesai, mayat akan terus dibiarkan berdiri. Jika si mati itu adalah orang tua, anak-anak akan pergi kepadanya dan memberi tunduk hormat.
 
“Jika si mati masih mempunyai ibu bapa, mayat akan dibawa berjalan untuk menghadap orang tuanya bagi mendapatkan sembah restu dan memohon doa,” katanya lagi.
Advertisements

apapon kita suka mengata

apapon kita suka mengata

musaab…

musaab

Ulang tahun Perang Uhud 15 Syawal 3H
~Mus’ab bin Umair bin Hasyim bin Abdu Manaf bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم~

Mus’ab bin Umair RA adalah sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.Dikatakan wajah beliau mirip wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mana bila beliau gugur syahid di medan Uhud berita di sebarkan akan k

ewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana menyangka yang dibunuh itu adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab memang terkenal sebagai seorang yang berperwatakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis-gadis di Makkah. Mereka sentiasa bercita-cita untuk menjadi teman hidupnya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding anggota keluarganya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya langsung tidak berkesan. 

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab. Sebaliknya, dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya supaya memeluk Islam kerana sayangkan ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Jawapan Mus’ab kepada ibunya:

“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Apa lagi lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Kata-kata Rasulullah SAW mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Sewaktu Perang Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai Syuhada Uhud.

Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

“Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, keluarganya, Para Sahabatnya serta seluruhnya.
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم و وآل إبراهيم إنك حميد مجيد

kisah

“Salam Lepat, Maaf! Aku tak berapa suka hang bawak Anak hang dok tepi jalan lagu tu” (satu Mamat Inbox kat aku).

Lalu Aku jawab, ” Sewaktu Aku kecil dulu, Ayah ku pernah membawa aku bersama ketika dia TERPAKSA mengambil upah sebagai pemanjat pokok kelapa… 

Dan kini yang aku masih terbayang adalah satu babak “di saat dia menerima Wang upahan dan sambil mengesat peluh di kiri kanan lehernya”.. 

Sering kali juga Aku berterima kasih di dalam hati ku kerana Ayah sempat membawa aku utk melihat semua itu, dan dapat mengenang kembali kepada satu babak di mana aku masih kecil, kala sedang menguyah Nasi hasil dari titik Peluh Ayah tercinta”.

Dan untuk Aminah…. 
“Papa mau cheq tau, Papa di sini, bukan untuk mencuri, dan bukan untuk menipu, Papa di tepi jalan, ramai Polis jugak bekerja di tepi Jalan,Tetapi ADAKAH Anak anak SESETENGAH POLIS TRAFIK tahu, yang ADA di kalangan Ayah mereka mengambil Rasuah? Dan Halalkah makan minum mereka?”

Papa nak Aminah tau, “Allah tetap ada bersama kita, walaupun kita susah dan agak terpinggir”… Lihat disana Anak anak Menteri di Malaysia yang mana nya kebanyakan nya HIDUP MEWAH, BERPOYA, BOROS! dan Ianya HANYALAH di keranakan mereka TIDAK tahu atau melihat akan BAGAIMANAKAH Papa papa Mereka mendapatkan Wang Ringgit sebegitu banyak!”…. 

bagaimana saat syahid

Advertisements