tanggang

DOSA ‘TANGGANG’ DIBALAS TUNAI
Warga emas huni rumah kebajikan sama dihuni ibu yang dihalau 10 tahun lalu.

“Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.

“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 12 Januari 2010, Harian Metro melaporkan Abdul Rahman yang baru selesai menjalani pembedahan jantung, terkedu apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri bersama bungkusan pakaian di pondok bas berhampiran sekolah di sini.

“Pada 2006, saya melawat arwah ibu di rumah kebajikan ini (Rumah Sejahtera) dan dia menyatakan selesa dan tenang menginap di sini. Ibu mempunyai dua anak, termasuk saya hasil perkahwinan dengan arwah bapa, Talib Senapi,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa bulan ibu dihalau dari rumah, kehidupannya sekeluarga menjadi porak-peranda, termasuk bercerai dengan isteri dan dia meninggalkan kampung halaman untuk mencari kehidupan baru di Langkawi.

Bagaimanapun, katanya, akibat masalah kesihatan, dia kembali ke Perlis dan cuba menumpang teduh di rumah anak lelakinya yang sudah berkeluarga sehingga timbul tragedi ditinggalkan di pondok bas.

“Anak lelaki saya terlalu mengikut kehendak isteri yang tidak mahu saya menetap bersama, malah ibu pun mengalami nasib sama tidak disukai menantu iaitu isteri saya sebelum dihalau keluar rumah,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pendedahan ini mungkin boleh dijadikan iktibar kepada remaja serta mereka yang baru mendirikan rumah tangga supaya memberi tumpuan serta kasih sayang kepada ibu bapa dan tidak mengabaikannya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: