ragut

Rakaman CCTV warga emas dibiar terlantar kesakitan selepas diragut

Posted on 9:17 PM in  | 0 comments

Kongsi 

KEJADIAN jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat. Setiap hari ada sahaja kes jenayah dilaporkan dan menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar.

Risiko kecederaan mangsa jenayah juga sangat menakutkan, lihat sahajalah laporan media saban hari melaporkan kes kehilangan nyawa akibat perbuatan penjenayah yang tidak berhati perut.

Sudahlah rakyat negara ini kini hidup di dalam ketakutan lantaran kes jenayah yang semakin meningkat dan melibatkan kehilangan nyawa, ditambah pula dengan keperihatinan rakyat yang kini semakin menjadi persoalan.

Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku kejadian ragut melibatkan seorang warga emas yang diragut tas tangannya oleh penjenayah yang menunggang motorsikal.

Akibat rentapan kuat, warga emas malang itu terseret beberapa kaki sebelum jatuh terlantar di atas jalan dan mengerang kesakitan.

Apa yang mengejutkan, orang ramai yang lalu lalang di situ langsung tidak mempedulikan wanita tua itu yang merintih dan mengerang kesakitan. Akhirnya warga emas itu dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di parkir flat Padang Tembak di Air Hitam, Pulau Pinang.

Kejadian itu berjaya dirakamkan oleh sebuah kamera litar tertutup, CCTV. Sila tonton dan saksikan sendiri rakaman yang dimaksudkan di bawah ini.

Sumber: http://freemalays.blogspot.com/2012/07/rakaman-cctv-warga-emas-dibiar.html#ixzz20bUAPh5O

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: