Jawapan Kepada Isi Twitter Yang Menghina Rasulullah SAW

By Shahmuzir

Status Facebook hari ini saya mulakan dengan menyentuh hal yang ditimbulkan oleh seorang wartawan muda dari Arab Saudi bergelar Hamzah Kashghari: 

Bukan semua yang ada di dalam hati kita boleh kita zahirkan.  Kerana ia boleh menimbulkan natijah apabila ia dikeluarkan samada dalam bentuk tulisan atau kata-kata.  Natijahnya boleh jadi samada baik atau buruk.  Sebab itu, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata mengikut hawa nafsu kita.  Kena fikir dahulu.  Dan fikir tentang akibatnya.

Apa yang diluahkan Hamzah Kashghari ini mengingatkan saya kepada seorang remaja lelaki dari aliran menengah agama yang belajar tauhid, fiqh, hadith, bahasa Arab dan belajar pula dalam bi’ah yang solehah, tetapi beliau mempersoalkan kewujudan Tuhan.  Beliau menangis tatkala meluahkan kerisauannya.  Namun, disebabkan apa yang berpusing di dalam fikirannya itu ditanya dengan ikhlas dan bertemu pula dengan seseorang dengan tujuan untuk mendapat pencerahan, maka tujuannya dapat difahami.  Setelah diberikan nasihat, maka legalah beliau.

Memang kadang-kadang fikiran manusia didatangi dengan bermacam-macam fikiran.  Dan ketahuilah bahawa itu semua didatangkan oleh Syaitan La`natullah yang membisik-bisikkan ke dalam dada manusia.  Itulah ujian.  Ia datang kepada saya dan semua orang yang beriman, juga kepada orang yang tidak beriman.  Dan tentulah apabila semakin kemas iman seseorang, semakin kuat pula hasutan dan semakin hebat strategi si Syaitan La`natullah itu.  Selagi kita pandai menguruskannya dan berusaha mencari jawapan penyelesaian, maka akan selamatlah kita.

Dalam masa yang sama mintalah perlindungan dari ALLAH daripada dihasut dengan bisikan-bisikan jahat Syaitan La`natullah.  ALLAH lah Rabb manusia, Ilah manusia dan Raja manusia.

Tetapi jika kita termakan dengan hasutan itu lalu mengaitkan pula dengan masyarakat umum dengan mewar-warkan ke khalayak awam melalui media cetak atau internet tentang idea songsang itu, maka siaplah.  Hukum akan datang dibawa ke muka individu itu kerana ia melibatkan maslahah umum!

Kandungan Twitter

Berbalik kepada isu Hamzah Kashghari.  Inilah mesej twitter yang dikeluarkan oleh beliau:

 

 

Ada yang mengatakan bahawa apa yang di‘tweet’kan oleh Hamzah Kashghari adalah suatu yang ringan dan tidak patut dipandang serius.

 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun. Sesungguhnya kita dan semuanya milik ALLAH dan sesungguhnya kepadaNYA lah kita dan semuanya akan kembali.  Semoga ALLAH tidak mencabut rasa prihatin dan cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Sungguh, ia suatu nikmat pemberian dari ALLAH.  Apabila ia dicabut, maka hilanglah rasa sensitif kita terhadap hinaan seperti ini.  Apabila ini berlaku, ketahuilah ia suatu musibah buat hati dan ummat.

Jawapan

Sungguh, kata-kata yang disebarkan melalui Twitter itu cukup menyinggung perasaan hati orang yang faham tentang kedudukan mulia Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di sisi ALLAH `Azza wa Jalla.  Kenapa?  Kerana ia sangat bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH `Azza wa Jalla.  Lihat ayat-ayat ALLAH ini dan cuba renungkan.  Betapa ganjil dan biadabnya kata-kata dalam Twittertersebut:

Twitter 1:

 

 

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-NYA bersolawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzab: 56)

ALLAH Yang Maha Mulia, Maha Agung, Maha Memiliki Segala-galanya, Maha Kaya, Maha Tinggi bersolawat ke atas Nabi.  Malaikat juga bersolawat ke atas Nabi.  Dan ALLAH menyuruh orang-orang yang beriman supaya bersolawat ke atas Nabi.  Tiba-tiba ada manusia engkar dengan suruhan itu??!!  Tidak mahu bersolawat??!!  Siapa kamu??!!  Siapa kamu??!!

Twitter 2: 

 

 

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

 

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

”Sesungguhny

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: