KENAPA SAMPAI BEGINI?

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Monday, 5 March 2012 at 16:52 ·

Salam saya mahu kongkisan jawapan kepada wartawan Sinar Syida yang bertanya saya beberapa soalan. Saya cuma terpanggil untuk berkongsi dengan anda sedikit dari jawapan saya yang SANGAT bermakna buat diri seorang wanita yang bernama Wardina Safiyyah. Untuk jawapan dan soalan yang  penuh dapatkan Sinar. (tak tahu bila nak keluar)

 

Soalan:

1.       Kak Dina kini bergiat aktif sebagai penceramah agama dan motivasi. Boleh Kak Dina ceritakan serba sedikit detik permulaan / apa yang mendorong Kak Dina menceburi bidang ini?

2.       Setakat ini, bagaimana pengalaman Kak Dina sebagai penceramah? Adakah ia menyeronokkan?

 

Jawapan: (please read carefully and try to really understand)

 

 

Bismillah.

 

Saya BUKAN penceramah apatah lagi penceramah agama atau motivasi. Saya tiada tauliah dan kelayakan. Penceramah agama perlukan kelayakan yang sahih dalam bidang agama dan pakar motivasi perlukan kelulusan dari badan profesional ‘kaunseling dan motivasi’ yang diiktiraf. Saya tidak selesa dipanggil penceramah atau motivator. Saya seorang ‘student of knowledge

 

Saya belajar dari sesiapa dan dari mana sahaja. Dari makcik jual kuih tepi jalan pun banyak yang boleh saya pelajari.

 

Apa yang saya lakukan? Bukan untuk semua tahu.🙂 Siapa yang tahu, tahulah. Saya cuma bertukar idea, pengalaman, suka, duka dan bercerita bersama rakan-rakan saya baik dalam tulisan (sekarang penulis bagi majalan Muslimah, Gen-Q, JOM), lisan dan perbuatandengan mereka yang ‘mahu’ membina minda bersama berfikir secara kritis, yang mahu memperbaiki diri dan mencari inspirasi dan sama seperti saya mahu belajar dari sesiapa sahaja🙂

 

Kalaulah anda tahu betapa banyak email yang saya terima, gadis yang berzina, mahu berubah, mahu mula bersolat, mahu berhijab, mahu menjadi muslimah yang lebih baikTETAPI tidak ada SOKONGAN dan TIDAK TAHU kemana mahu pergi untuk berubah, mungkin pengkritik saya akan senyap dan cuba memahami!!

 

Mungkin boleh cuba faham kenapa saya bersusah-susah tinggalkan anak saya, masa saya, tenaga saya untuk bersama mereka! Kerana ini sudah saya anggap tanggungjawab saya! Do you even think I get paid??? Kadangkala tak ada duit pun. Do I care??

 

No, sebab saya buat bukan untuk dipuji, bukan untuk duit. Duit, anugerah, pangkat, menjadi kulit depan majalah bukan matlamat saya dalam hidup! Saya sayangkan adik-adik remaja saya! Saya tak mahu merka sesat seperti saya dulu! Faham tak? Faham tak? Ada yang masih tak faham lagi?

 

Saya bukan nak cerita pasal beg tangan, rumah mahal saya, perkahwinan juta-juta saya.. Apa faedah yang masyarakat dapat, melainkan mengimpikan hidup yang jauh dari jangkaan itu? Hidup materialistik yang sementara dan palsu. Pelik, bila ada di antara mereka yang menjaja cerita kekasih, berpeluk tanpa hubungan, beg mahal, kereta mewah tak ada pula yang ‘kurang senang’… Mari saya tanya satu solan… Tak nampakah betapa parahnya pemikiran kita? Bangunlah dari mimpi.

 

Jika anda rasakan cara saya tak salah, serba tak kena, apa kata berikan saya NOMBOR dan EMAIL anda supaya saya boleh suruh adik-adik ini berjumpa dengan anda ok? Saya suruh mereka yang menjemput saya untuk berkongsi dan bertukar cerita menjemput anda saja ya? BUT PLEASE I need your contact, give it to me. Show ME how to do things better. I’ll invite you to a talk, so  YOU SHOW ME how to speak ad what to say. YOU show me how to move hearts and help people change ok? You go do something, don’t just sit down. Its very unfair!

 

Seronok? Apa yang seronok kalau dicemuh, dihina, dikeji, dicari salah, diputar belitkan ayat dan mesej? Mana yang seronok? Sakit ya mungkin. Sedih ya pasti. Air mata mengalir bederai di pipi setiap kali membaca kata fitnah, makian, hinaan yang diberi. Kata suami dan rakan-rakan jangan baca. Tapi kadangkala ada yang menghantar pula link, email pada saya. Kenapa saya tanya? Kenapa? Saya ini jahatkah? Saya ada buat maksiat? Saya berdosa dengan mereka?

 

Salahkah saya berkawan dengan semua orang baik orang PAS, DAP, KeADILAN atau UMNO. Tak bolehkah kita hidup bersama tanpa benci walau berlainan pendapat. Kenapa teruk sangat pemikiran? Siapa yang menyuburkan benci ini dalam diri kita??? Saya hulurkan maaf. Maafkan saya kerana kejahilan saya selama ini. Saya tidak sempurna. Ya benar! Tapi saya mahu lebih baik, doakanlah saya.

 

Kerana demi Allah saya sedang menjaga diri, hati, iman ini sebaiknya. Mungkin ini yang membuatkan sujud saya lebih bermakna. Lebih dekat pada Ilahi, mungkin itulah hikmahnya. Lebih tabah dan berani. Lebih banyak muhasabah kerana kita belajar memperbaiki diri apabila dikeji dengan kata-kata hina dari musuh kita. Kita tidak akan lebih baik dengan pujian yang melambung dan kata-kata ampu. Jika inilah yang akan menjadikan saya lebih baik, Demi Allah berilah saya lebih lagi dugaan. Jika pujian menyebabkan saya rasa khayal dan selesa, maka tidak sekalipun saya inginkan.

 

Kurang senang dengan saya? Ya, tutuplah tv, jangan baca, jangan dengar, jangan lihat saya. Mudah saja. Saya akan tetap menghulurkan tangan pada adik-adik remaja dan kanak-kanak serta wanita yang saya sayangi bersesuaian dengan kapatasi saya. Maafkan saya kalau saya silap. Tapi saya bukan pengampu dan penipu. Saya tidak kasar, biadap atau merendahkan sesiapa pun. Itu bukan matlamat saya. Saya mencari kebenaran.. Semoga kita mencarinya bersama dan tidak takut bersuara.

 

Moga saya mati sebagai Muslimah yang cuba menjadi yang terbaik. Biarlah saya antara yang sedikit dan asing, kerana hakikatnya di dalam Quran juga menyebut cuma sedikit sekali yang memahami, mengerti dan bersyukur. Saya mahu jadi golongan yang sedikit. Dan di akhir zaman, yang sedikit dan mereka yang asinglah adalah orang yang beruntung dan akan menang. Adakah anda dari golongan yang sedikit itu? Jika tidak kisah, kata Allah dan Rasulullah “Jika tiada malu, buatlah suka hatimu” Saya tetap mahu sibukkan diri memperbaiki diri saya yang hina, dhaif, jahil ini dgn mencari ilmu berguna untuk diri dan keluarga saya dahulu. Moga Allah mengasihani saya dan membuka jalan untuk saya.Saya rasakan untuk ‘mencapai kemenangan’ kita perlu lalui kepahitan. Kemenangan akan tiba, saya amat yakin sekali. Wallahu’alam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: