Muhammad 4 ALL

kenali dia yang d turunkan sebagai Rahmat untuk sekian alam

D riwayatkan pada suatu Hari Raya ‘Idulfitri, ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat ‘Idulfitri. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran ‘Idulfitri. Kanak-kanak mengenakan pakaian baru.
Tiba-tiba, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , terpandang seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , mendekati anak kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda dan bertanya dengan suaranya yang lembut; ”mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.
Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya:

“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis d makan oleh suami ibuku dan aku d usir dari rumahnya. Pada hari raya ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis.
Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap dengan kasut. Aku sangat bahagia ketika itu, namun kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”

Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , semakin sedih. Tanpa d sedari airmata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , membelai rambut anak gadis itu sambil berkata:

“anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”

Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri dihadapannya. MASYAALLAH… orang yang turut bersedih bersamanya ialah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,. Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan diwajahnya.
Setibanya d rumah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , gadis kecil itu d sambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan kasut yang indah.
Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena Hari Raya ‘Idulfitri. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Begitu pula Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.
Begitulah keperibadian Rasulullah SAW sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda SAW dengan anak-anak yatim-piatu.

Semua d Jemput Hadir! Bersama Ustaz Wan Ji Wan Hussain:
Muhammad 4 ALL
TARIKH: Jumaat.17 Feb’12 MASA: 7pm TEMPAT: MATRADE Dubai

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment