Archive for February 8th, 2012

Sejarah Makanan Segera

RAB, 08 FEB 2012 14:22 | NURAINNISHA SUHAIMI | KHAIRUNNISA ASSILA

Print
alt

Bila sebut tentang Makanan Segera,pasti  ‘Pizza’ dan ‘Burger’ yang terbayang di benak fikiran. Namun dua hidangan dari Eropah ini tidak mendapat tempat di mata dunia sehinggalah Richard dan Maurice McDonald membuka restoran makanan segera yang pertama di dunia di San Bernadino,California pada tahun 1948.

Makanan Segera atau ‘Fast Food’ adalah suatu istilah yang menunjukkan sesuatu yang disediakan dan dihidangkan dengan pantas.Sajian  yang tidak memerlukan  masa yang banyak untuk disediakan juga dipanggil  Makanan Segera seperti  ‘TV dinners’ ,dan biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran yg pantas penyediaannya dan dihidangkan kepada pelanggan secara berbungkus ,sama ada untuk makan di situ ataupun dibawa pulang.Istilah ini telah diakui di kamus Merriam-Webster pada tahun 1951.

Burger,sejenis sandwich sebenarnya mula diperkenalkan di  Pesta St Louis World pada thn 1904,HotDog juga diperkenalkan di situ,dan restoran Pizza yg pertama di Amerika dibuka di New York pada tahun berikutnya.Pesta ini sebenarnya adalah pencetus kepada perkembangan pembuatan makanan segera,namun ini berlaku hampir setengah abad sebelum  McDonald bersaudara memperkenalkan Sistem Servis Spedee,yg mjadi batu asas kepada fenomena makanan segera dan telah berkembang luas dari Amerika Utara, merentasi dunia.

Fenomena makanan segera mula berkembang secara beransur-ansur bermula dari  sebuah restoran yang berkonsepkan pandu lalu di selatan California awal tahun 1940. Para pemilik restoran mengambil kesempatan dgn peningkatan populariti kereta agar pelanggan dapat menjamu selera tanpa perlu keluar dari kereta mereka. Kemudian,pada tahun 1948,mereka merancang untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu meringkaskan menu makanan dgn tidak mggunakan sebarang  kutleri seperti sudu,garpu,pisau, dan mereka juga menggunakan  pinggan mangkuk pakai –buang.Ini amat memudahkan pelanggan krn mereka hanya membuat pesanan di kaunter dan mengambil pesanan, tepatlah dgn konsep makanan segera.

McDonald bersaudara telah tampil dengan restoran yang berwajah baru pada thn 1948,dan beberapa rangkaian juga mula dibuka selepas itu.Burger King dan Taco Bell juga mula mengorak langkah pada 1950 an, dan Wendy’s turut dibuka pada 1969. Sesetengah rangkaian seperti Carl’s Jr. , KFC dan Jack in the Box,wujud sebelum Sistem Servis Speedee,tetapi mengubahsuai teknik penyediaan makanan mereka selepas kemunculan mereka dlm bidang ini. McDonald’s yang merupakan perintis,kini merupakan rangkaian terbesar dunia dalam pembuatan makanan segera!

Mereka memanggilnya Sistem Servis Speedee, dan keputusannya sangat memberansangkan sehinggakan ia diikuti oleh pelopor yg seterusnya seperti Keith G. Kramer, beliau  terbang ke California,makan di McDonald’s,kemudian kembali semula ke Florida di mana di sini beliau mengasaskan Burger King pada 1953 bersama bapa mentuanya,Matthew Burns, dan Dave Thomas mengasaskan Wendy’s Old-Fashioned Hamburger Restaurant di Colombus,Ohio pada 1969.

– Artikel iluvis

Advertisements

Isha – Surah alBaqarah

‎4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

” Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. ” komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

” Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

” Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

” Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. ”

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

” Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. ”

” Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. ”

” Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta.”

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

” Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award.”

” Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. ”

” Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni.”

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya. 🙂

Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.